Cerita Perkahwinan

LGBT | Salahkah menjadi Lesbian, Gay, Biseksual mahupun Transeksual?

lgbt di malaysia

Bulan Jun yang baru je berakhir merupakan Pride Month – bulan yang disambut oleh golongan LGBT di Amerika Syarikat dan negara-negara yang membenarkan hubungan LGBT.

Anda mesti familiar dengan pondan, gay, dan juga lesbian bukan? LGBT adalah golongan yang mengamalkan cara hidup Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual. Dalam erti kata lain, mereka yang mengamalkan hubungan sejenis/songsang.

Sumber: Google

Umum mengetahui isu LGBT ni sangat sensitif terutamanya di negara-negara Islam, seperti negara kita sendiri, Malaysia.

Sehingga hari ini, Malaysia tidak memberi kebenaran dan tidak mengiktiraf golongan LGBT.

Namun, ada je individu yang semakin berani mendedahkan status mereka. Malah, ada beberapa selebriti sensasi juga tidak segan silu menunjukkan gaya hidup mereka sebagai seorang LGBT.

Baca tips-tips perkahwinan dan pasangan yang lebih menarik disini.

Sumber: Google

Elakkan menghukum dan menyisihkan mereka, tetapi dekati mereka dengan kasih sayang dan perhatian.

“Ada antara kenalan saya tergolong dalam komuniti LGBT ni. Macam mana ye?”

 

Sumber: YouTube

Mesti anda pernah mengalami situasi yang sama bukan? Hal ini mungkin tidak mudah untuk sesiapa sahaja menerima satu berita yang tidak menyenangkan.

Selagi mereka tidak mengaku status seksual mereka yang sebenar, adalah lebih baik untuk anda tidak buat andaian yang bukan-bukan. Bagi mereka masa dan ruang, dan biar mereka sendiri yang come out of the closet. Tunjukkan yang anda boleh membantu dan menyokong mereka dalam apa jua keadaan. JANGAN TERUS MENGHUKUM.

INGAT, kadang-kadang mungkin mereka perlukan seorang teman yang mendengar dan memahami. Dengan cara ini juga, golongan LGBT tahu yang mereka masih dihormati dalam kalangan masyarakat untuk ke arah yang lebih baik.

“Mereka juga memerlukan pertolongan untuk kembali ke jalan yang benar.”

Pengakuan seorang Gay – “Bukan sokongan yang diinginkan, cuma sikap menghormati dan layanan yang sama rata sesama manusia.”

Layari wedding.com.my untuk dapatkan pakej perkahwinan yang menarik!

LGBT | Salahkah menjadi Lesbian, Gay, Biseksual mahupun Transeksual? was last modified: July 2nd, 2018 by Fairuzal Aula