Ingat lagi kisah cinta anda pada zaman sekolah? Zaman cinta monyet dulu tu. Tapi ada juga cinta dari zaman sekolah ni kekal hingga jinjang pelamin tau! Berdasarkan kajian, mereka yang berkahwin dengan kekasih dari zaman persekolahan ternyata lebih terjamin, gembira dan bahagia hubungan mereka hingga ke akhirnya.
Apa yang membuatkan hubungan panjang itu lebih bahagia dan terjamin?
Mungkin susah untuk anda percaya, tapi sesuatu hubungan yang lama dan berkekalan itu datangnya daripada rasa percaya, setia, tulus dan ikhlas semasa bercinta. Kalau tak ada elemen-elemen penting ni, memang susah untuk hubungan anda dan pasangan kekal lama.
Rancang perkahwinan idaman anda di wedding.com.my!
-
Sentiasa bersama kita dalam Suka dan Duka
Dialah orang yang sentiasa ada dengan kita. Misalnya anda bercinta sejak awal masuk sekolah menengah. Si dia yang bersama kita sewaktu mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Si dia juga yang memberi semangat sewaktu belajar di Universiti, bersama-sama menyambut hari graduasi anda, mengurangkan tekanan menempuhi alam pekerjaan dan sebagainya.
Hari ini, si dia juga yang ada di sisi menanti kelahiran zuriat anda berdua setelah bertahun lamanya bercinta. Selain ahli keluarga tersayang, hanya dia yang sentiasa ada di sisi menyambut saat-saat indah dan bahagia dalam hidup anda.
2. Tempoh hubungan yang panjang bantu menguatkan emosi
Tempoh perkenalan dari zaman muda hingga ke jinjang pelamin sedikit sebanyak mematangkan anda berdua. Biasalah, masa muda banyak sangat konflik yang berlaku. Dua-dua masih belum matang dan tengah belajar mengenal erti kehidupan di dunia sebenar. Tapi bila dah semakin besar, anda berdua lebih tahu macam mana nak menghadapi sesuatu keadaan dan menyelesaikan apa jua masalah. Anda berdua akan lebih memahami dan mudah untuk berbincang mengenai pelbagai perkara.
3. Rapat dengan keluarga mertua
Tak dinafikan, ada je pasangan bercerai kerana keluarga mertua. Tapi hal ini tak menjadi masalah yang besar untuk mereka yang berkahwin dengan kekasih dari zaman sekolah. Anda lebih mengenali keluarga masing-masing sebelum anda berdua berkahwin lagi. Malah, anda akan lebih mesra dan mudah bergaul dengan keluarga mertua anda.
4. Jiwa lebih kental dan lebih memahami pasangan masing-masing
Anda dan si dia juga lebih mengenali pasangan masing-masing apabila telah lama bersama. Betul, anda hanya akan LEBIH mengenali pasangan masing-masing selepas bernikah dan tinggal sebumbung. Namun, hubungan lama yang kekal sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami pasangan. Anda lebih tahu apa yang si dia suka atau tidak, reaksi dia ketika marah, tertekan dan sebagainya.
Senang kata, kekasih dari zaman sekolah yang juga menjadi suami atau isteri kita ni memang lebih dari sekadar teman. Tak juga dinafikan yang kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga tu bergantung kepada cara anda berkomunikasi dan meluahkan rasa kasih dan sayang. Takkan time bercinta je romantik kan 😉
Cuba kongsi sikit kalau ada antara anda yang kini bahagia dengan suami atau isteri yang bercinta sejak zaman sekolah!
Rancang perkahwinan idaman anda di wedding.com.my!