Cerita Perkahwinan

9 Kos Perkahwinan Tersembunyi yang Anda Jangan Terlepas Pandang

Malay wedding by By Tansey Tang

Malay wedding by By Tansey Tang

Jangan biarkan vendor caj anda lebih dari sepatutnya!

Perkahwinan sudahpun mahal. Sebelum tandatangan apa-apa kontrak, tanya vendor anda butiran seperti overtime, penghantaran, dan pembersihan, supaya bayaran untuk perkara ini tidak mengejutkan anda nanti. Ini adalah senarai 10 caj yang pasangan pengantin baru selalu terlepas pandang.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

1. Peralatan Persembahan di Majlis Perkahwinan

Kenapa tersembunyi: Kos persembahan untuk majlis perkahwinan termasuk bayaran untuk masa performer dan jumlah minimum peralatan yang diperlukan. Jika ruang resepsi anda terlebih besar, pembesar suara tambahan dan mikrofon mungkin diperlukan untuk menghasilkan kualiti bunyi yang baik.

Kos: Antara beberapa ratus kepada beberapa ribu Ringgit.

Cara Untuk Mengelakkan: Sebelum menempah kumpulan persembahan atau DJ, anda kena terangkan dengan jelas susun atur ruang (atau bawa mereka tengok ruang itu dulu, jika boleh), supaya mereka boleh rancang terlebih dahulu. Jika mereka ingin menambah peralatan tambahan, pastikan anda faham dan setuju dengan kepentingannya sebelum tandatangan kontrak atau setuju untuk membuat apa-apa bayaran.

2. Kad Jemputan

Kenapa Tersembunyi: Kos penghantaran tidak diiklankan. Jika mereka iklankan, anda mesti mahu kad yang lebih simple (anda nak yang murah, sebenarnya).

Kos: Kad yang terlebih besar, bentuk yang unik, atau berat boleh mencecah RM2 sekeping.

Cara Untuk Mengelakkan: Tak perlu lah kad jemputan yang over dan berlapis-lapis, kerana harganya yang tinggi!

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

3. Alteration & Gosok/Stim Baju Kahwin

Kenapa Tersembunyi: Kebanyakan kedai tidak masukkan harga untuk alter (atau gosok) di dalam harga baju kahwin, dan mereka tidak akan buat tanpa bayaran – untuk alter baju, boleh mencecah sehingga 3 jam.

Kos: Antara RM60 ke RM500.

Cara Untuk Mengelakkan: Tanya harga untuk alter (jika perlu) sebelum membeli baju kahwin anda, supaya anda tidak terkejut dengan kos lebihan.

4. Bayaran Overtime

Kenapa Tersembunyi: Persembahan, DJ, photographer dan videographer ditempah untuk masa yang tertentu, jadi jika majlis anda habis lambat daripada yang dirancang, mereka akan caj mengikut jam selepas mereka melepasi masa yang dijanjikan di dalam kontrak.

Kos: Bermula dari RM200 untuk 1 jam (caj bayaran overtime sesetengah vendor lebih mahal daripada caj biasa untuk 1 jam mereka).

Cara Untuk Mengelakkan: Kira sekali masa tambahan untuk pakai baju, tangkap gambat – supaya anda boleh tempah mereka untuk tempoh masa yang lebih realistik. Dapatkan kos overtime di dalam bentuk tulisan/kontrak/sebutharga, supaya anda tahu jangkaan harga jika anda lebihkan masa majlis.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

5. Kereta Sewa

Kenapa Tersembunyi: Anda mungkin ingat syarikat kereta sewa akan masukkan bayaran tambahan kedalam kos 1 produk, tapi tidak.

Kos: Tergantung kepada jenis kereta/limousin.

Cara Untuk Mengelakkan: Tanya syarikat kereta sewa harga setiap servis – jika kos terlalu tinggi untuk bajet anda, cari lagi di vendor lain. Anda mungkin dapat jimat lebih banyak daripada syarikat yang lebih mahal yang harganya termasuk semua servis dan tiada caj tambahan.

6. Cukai

Kenapa Tersembunyi: Walaupun cukai tidak semestinya tersembunyi – kita semua tahu hampir semua produk/servis mempunyai cukai – kebanyakan pasangan tidak pertimbangkan jumlah yang mereka akan terhutang dalam proses merancang perkahwinan mereka.

Kos: Tergantung kepada jumlah wang yang anda belanjakan dan juga lokasi majlis.

Cara Untuk Mengelakkan: Tiada cara untuk tidak membayar cukai, tapi dengan membayar kesemua bill sekali gus dapat membantu mengurangkan harga keseluruhan. Cara yang lebih selamat: Asingkan suku daripada jumlah kos untuk cukai.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

7. Kek

Kenapa Tersembunyi: Jika anda ambil kek yang disediakan oleh lokasi majlis, caj selalunya termasuk di dalam kos keseluruhan. Jika anda beli kek daripada vendor luar, harganya mungkin akan menjadi lebih tinggi. Kenapa? Kerana pekerja di lokasi majlis bertanggungjawab untuk memotong dan menghidangkan kek, dan kerja-kerja mencuci – dan ini bermakna lebih kerja untuk pekerja mereka.

Kos: Mengikut saiz kek.

Cara Untuk Mengelakkan: Tanya tentang harga kek sebelum anda memilih untuk mencari kek daripada vendor luar.

8. Kerja-Kerja Pembersihan dan lain-lain

Kenapa Tersembunyi: Kebanyakan pasangan luangkan terlebih masa untuk merancang hari perkahwinan sehingga lupa untuk merancang bajet selepas majlis.

Kos: Lokasi majlis dengan servis penuh selalunya tidak akan caj perkara ini, tapi jika anda bayar bayaran rata hanya untuk menyewa lokasi, jangkakan caj tambahan untuk pembuangan sampah, dan pencucian. Kebanyakan lokasi perlukan kerja-kerja ini dilakukan pada hari yang sama. Jadi jika majlis anda pada hujung minggu, anda mungkin akan bayar lebih.

Cara Untuk Mengelakkan: Baca kontrak anda dengan berhati-hati – harga pembersihan mestilah termasuk di dalam caj servis lain-lain.

9. Pakar yang Tidak Disahkan

Kenapa Tersembunyi: Sesetengah lokasi memerlukan anda untuk menggunakan caterer atau vendor bunga daripada senarai mereka – dan tambahkan caj jika anda tidak memilih untuk menggunakan pakar daripada senarai mereka.

Kos: Selalunya 20% tambahan, atau lebih.

Cara Untuk Mengelakkan: Pilih daripada senarai mereka, atau pilih lokasi yang tidak mempunyai syarat ini.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

Artikel dipetik daripada The Knot.

9 Kos Perkahwinan Tersembunyi yang Anda Jangan Terlepas Pandang was last modified: July 20th, 2017 by aisyah