Cerita Perkahwinan

Rezeki Suami Bakal Melimpah Ruah dengan 6 Amalan Bahagia Ini

hubungan tambah rezeki

Syurga seorang isteri pada suaminya, tapi tahukah suami yang rezeki anda sedikit sebanyak datangnya dari isteri anda sendiri? Walaupun dah bertahun anda berdua mendirikan rumah tangga, tapi tak pernah salah untuk suami sentiasa cuba menceriakan hari-hari isteri. Encik-encik suami boleh cuba enam amalan di bawah ini untuk mengeratkan hubungan anda suami isteri dan keluarga 😉

6 Amalan yang harus sentiasa diamalkan Suami Isteri

1. Isteri sentiasa salam dan cium tangan suami

Setiap pagi sebelum suami atau anda sendiri nak ke mana-mana sahaja, adalah sangat baik untuk isteri salam dan cium tangan suami. Setiap salam, cium tangan dan pelukan isteri bersama suami selama 10 saat itu akan menghasilkan ‘hormon endorfin’ yang baik untuk kesihatan badan.

Biarlah kadang-kadang suami nak bermanja sikit 😉

Menurut Pakar Motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, sentuhan dan pelukan antara suami isteri dapat memberi pelbagai kebaikan kepada kesihatan. Hormon endorfin yang dihasilkan kerana pelukan suami tu dapat membantu menguruskan badan isteri tau! Haa, jadi kalau suami nak isteri cepat kurus tu, peluklah isteri tiap hari ye.

Majlis perkahwinan pasti lebih meriah dan lancar dengan wedding.com.my!

2. Suami Peluk dan Cium Pipi Isteri

Selain itu, suami yang peluk isteri setiap pagi, akan panjang umur lebih daripada 5 tahun! Pelukan dan sentuhan manja si suami kepada isteri juga akan menghasilkan lagi satu hormon iaitu ‘oxytocin’. Hormon ni boleh mengembalikan tenaga dan semangat si isteri setelah seharian penat bekerja dan mengemas rumah.

3. Tidur dibawah ketiak Suami

Kalau syurga dibawah tapak kaki suami, tidur yang lebih lena pula semestinya dibawah ketiak encik suami! Hormon Bau Phero yang dirembes dari ketiak suami dapat memberi ketenangan, meredakan stress dan tidur yang lebih nyenyak kepada si isteri. Haa isteri-isteri boleh la cuba. Tidur yang berkualiti dapat, pahala pun dapat!

4. Kentut tanpa segan silu

Mungkin masa bercinta anda berdua malu-malu, segan je kalau nak kentut. Tapi bila dah kahwin takkan nak malu lagi kot. Suami anda akan lebih yakin dan setia bila pertama kali ‘nampak’ anda kentut. Dia akan lebih yakin untuk bersama anda. Dalam pada itu, apabila anda berdua dah berani kentut depan masing-masing, anda berdua akan berasa lebih bebas untuk melakukan apa jua perkara.

5. Jangan malu untuk mandi bersama

Dah nama pun suami isteri, dah sah dan halal, mesti la anda boleh lakukan pelbagai perkara bersama. Antara perkara sunat yang harus diamalkan pasangan suami isteri, ialah mandi bersama. Suami isteri yang sering mandi bersama akan berasa lebih tenang, mengurangkan tekanan, disamping meningkatkan kesihatan jantung anda berdua.

Bakal menimang cahaya mata? Baca TIPS menarik disini.

6. Sentiasa solat berjemaah di rumah

Ini merupakan amalan yang sentiasa dinasihatkan kepada pasangan muslim diluar sana. Solat berjemaah bersama isteri dapat memberi jaminan untuk membawa isteri ke syurga bersama. Hubungan suami isteri juga akan lebih erat dan diberkati kerana isteri mempunyai suami yang membimbingnya ke jalan Allah.

Pendek kata, isteri yang sentiasa gembira dan bahagia bersama suami akan menambahkan lagi rezeki dan keharmonian sesebuah rumah tangga tersebut. Suami yang sentiasa layan isterinya bagaikan ratu, pasti akan dilimpahi rezeki bagaikan seorang raja. Inshaallah, dengan izinNya.

Majlis perkahwinan pasti lebih meriah dan lancar dengan wedding.com.my!

Rezeki Suami Bakal Melimpah Ruah dengan 6 Amalan Bahagia Ini was last modified: September 13th, 2018 by Fairuzal Aula