Cerita Perkahwinan

9 Soalan Untuk Vendor Perkahwinan

Bersanding dan berinai

Gambar daripada My Dream Weddingz

Beberapa minggu atau sebulan daripada majlis perkahwinan anda, hubungi vendor anda untuk memastikan butiran penting – bayaran, masa, dan jawapan untuk ketidakpastian anda. Ini adalah 10 soalan penting untuk vendor anda untuk memastikan majlis anda berjalan dengan lancar.

SOALAN UNTUK VENDOR ANDA

1. Berapa jumlah yang perlu dibayar dan bila bayaran perlu dibuat?

Kenapa anda perlu tahu: Kedua-dua pihak mesti mempunyai persetujuan yang sama mengenai jumlah dan masa bayaran. Jangan ragu-ragu untuk menyuarakan jika terdapat sesuatu yang anda rasa tidak betul. Selepas anda selesaikan soalan ini semasa proses perancangan, anda boleh enjoy bulan madu anda dengan hati yang senang tanpa hutang di kepala anda.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

2. Siapakah yang patut anda hubungi dan cara untuk hubungi individu yang bertanggungjawab?

Kenapa anda perlu tahu: Jika anda perlu hubungi vendor atau mana-mana pekerja, simpan nama, nombor telefon, dan nombor telefon tambahan jika salah satu nombor tidak dapat dihubungi. Walaupun anda lebih suka untuk email, lebih senang untuk berhubung melalui telefon (sama ada mesej atau panggilan telefon) semasa majlis perkahwinan, memandangkan email lebih lambat untuk menyelesaikan masalah di saat terakhir.

3. Adakah anda mempunyai semua peralatan yang diperlukan?

Kenapa anda perlu tahu: Pastikan peralatan ini senang didapati semasa hari perkahwinan. Tengok senarai satu persatu untuk memastikan siapa yang bertanggungjawab untuk membawa peralatan itu.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

4. Sudahkah anda selesaikan tugas rumit? Apa lagi yang perlu diselesaikan dan berapa lama untuk diselesaikan?

Kenapa anda perlu tahu: Untuk betuk-betul memastikan vendor anda berada di arah yang betul. Jawapan ini dapat menenangkan anda di saat genting. Percaya vendor anda, tapi jika terdapat sebarang keraguan, ini adalah masa untuk kenal pasti.

5. Adakah semua bahan-bahan yang saya pesan sudah didapati?

Kenapa anda perlu tahu: Sebelum majlis, pastikan semua butiran yang anda telah pilih, masih ada, jika tidak, apakah pilihan lain. Jika anda tidak boleh dapatkan sesuatu yang anda betul-betul minat, bersabar, dan tanya soalan untuk memastikan langkah seterusnya, dan apakah pilihan yang hampir sama.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

SOALAN UNTUK LOKASI MAJLIS

6. Bila kami boleh mula selesaikan penyusunan di lokasi?

Kenapa anda perlu tahu: Bergantung kepada lokasi, anda dan vendor anda mungkin boleh masuk ke dalam dewan majlis sehari sebelum majlis. Namun, sesetengah lokasi, mungkin mempunyai syarat yang ketat. Lebih cepat anda tahu maklumat ini, lebih cepat anda boleh rancang penyusunan di lokasi majlis.

SOALAN UNTUK JURUGAMBAR DAN JURUVIDEO

7. Berapa lama gambar diambil dengan senarai yang diberi?

Kenapa anda perlu tahu: Penting untuk tahu jangkaan masa untuk jurugambar dan juruvideo anda perlu untuk mengambil gambar yang anda ingini. Maklumat ini akan membantu semasa anda membuat jadual untuk memastikan keluarga dan rakan anda berada di lokasi untuk gambar beramai-ramai.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

SOALAN UNTUK CATERER

8. Berapa lama untuk menghidangkan makanan dan membersihkan meja selepas makan?

Kenapa anda perlu tahu: Ketahui masa untuk menghidangkan hidangan utama dan hidangan lain. Anda perlukan maklumat ini untuk memastikan masa untuk acara seterusnya.

SOALAN UNTUK VENDOR BUNGA

9. Boleh saya tengok contoh gubahan bunga?

Kenapa anda perlu tahu: Anda perlu pastikan bunga anda seperti yang anda bayangkan (atau hampir sama). Kebanyakan kedai bunga akan ambil tempahan seminggu atau 2 minggu sebelum majlis, dan boleh tunjukkan kepada anda rupa gubahan bunga anda dalam meeting terakhir anda bersama mereka. Jika contoh tidak seperti yang anda harapkan, kedai bunga tersebut masih boleh mengubah mengikut standard anda.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini
Artikel dipetik daripada The Knot.

9 Soalan Untuk Vendor Perkahwinan was last modified: July 20th, 2017 by aisyah