Cerita Perkahwinan

Melalui perkahwinan dapatkan RM 1000 dengan mudah

Untuk membaca artikel versi bahasa inggeris, klik disini

Akhirnya anda telah jumpa pasangan hidup dan dia melamar anda! Sungguh tak percaya. Antara anda sudah berkahwin atau masih dalam perancangan untuk berkahwin, disini ada beberapa tips untuk persiapan dan bantuan kepada anda dan pasangan. Bagaimana RM1000 boleh didapati dengan mudah? Dengar macam tak percaya betul? Terus membaca kalau nak tahu apa yang kami akan kongsikan.

Untuk mendapatkan duit yang lebih, anda hanya perlu menjadi warga Selangor. Antara lahir di Selangor atau sudah menetap melebihi 10 tahun, anda secara automatik layak. Anda hanya perlu mendaftar secara online dan ta-daa, terima kasih kepada kerajaan Selangor!

Mengapa mereka beri wang dengan begitu mudah? RM1000 adalah sebahagian daripada skim ‘Program Intensif Perkahwinan Belia’. Skim ini untuk menggalakkan pasangan berkahwin. Mencari jodoh bukan sahaja menggalakkan. Malah, wang ini sememangnya mampu memberi bantuan sampingan kepada pasangan, oleh kerana kos kahwin makin meningkat dengan wang tambahan ini dapat membantu serba sedikit keperluan perkahwinan.

Juga baca: PERKAHWINAN FEIPING CHANG DI CAPRI MEMBELANJA JUTAAN DOLAR

Melalui skim ini, setiap seorang yang bakal berkahwin akan menerima RM 500. Jadi, jika anda berdua warga Selangor, maka RM1000 akan menjadi milik anda! Hanya dengan mendaftar semua akan menjadi mudah! Untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, jangan kuatir risau terlepas peluang sebegini. Dalam tempoh 3 bulan berkahwin, anda juga layak menerima hadiah perkahwinan ini!

Tambahan lagi, skim ini tidak terhad pada mana-mana bangsa. Tanpa mengira Melayu, Cina, India, anda mampu memohon untuk mendapatkan RM 1000! Sangat mudah bukan! Dibawah adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan insentif ini.

Teruja untuk mula bermohon? Jangan lupa layari laman web mereka untuk mengetahui semua terma dan syarat sebelum bermohon untuk memudahkan proses permohonan. Fikirkan apa wang tambahan RM1000 ini boleh anda untuk lakukan untuk mendapatkan perkahwinan impian anda!

Untuk keterangan lebih lanjut tentang perkahwinan sila layari, www.wedding.com.my

Melalui perkahwinan dapatkan RM 1000 dengan mudah was last modified: August 4th, 2017 by syahidayazid