Cerita Perkahwinan

10 hadiah untuk pengantin lelaki di hari perkahwinan

Apabila ia tentang perkahwinan, kadang-kala mudah untuk melupakan bahawa ia bukan untuk pengantin perempuan sahaja yang sukakan sedikit romantik – hadiah yang kejutan untuk pengantin lelaki pada pagi pernikahan dapat menetapkan mood untuk hari itu dan membuatkannya merasa disayangi dan dihargai. Berikut adalah beberapa pilihan utama kami untuk hadiah pengantin lelaki!

pengantin lelaki

pengantin lelaki

Melihat anda memakai gaun pengantin yang sangat cantik, dan seperti barang kemas yang baru atau kasut yang baru, ia adil bahawa pasangan anda dapat sesuatu yang istimewa pada hari perkahwinan anda – selain daripada hadiah dengan mengahwini anda, sudah tentu! Terdapat pilihan tradisional untuk hadiah pengantin lelaki pada pagi hari perkahwinan, tetapi tidak pernah memandang rendah sesuatu yang kecil tetapi bermakna kepada pasangan anda.

klik disini dan dapatkan barangan untuk hari perkahwinan anda & nasihat wedding planner kami

Beli sesuatu yang memantul pada hobinya adalah idea yang baik – jika pasangan anda gilakan tentang bola sepak, mengapa tidak belikannya tiket perlahwanan untuk meyaksikan pasukan kegemarannya beraksi? Jika dia suka band tertentu, belikannya tiket untuk melihat konsert dengan live. Ia mungkin kelihatan ketara, tetapi dengan sentuhan ini dapat menunjukkan bakal suami anda yang beliau sangat berharga pada anda.

Hadiah anda tidak perlu membebankan juga. Pasangan anda kemungkin besar akan merasa gemuruh sebelum upacara bermula, jadi mengapa tidak menghantar minuman dan kotak cerut untuk berkongsi bersama dengan pengiring lelaki dan untuk beliau bertenang? Atau, telah memasak sarapan yang disampaikan ke suite hotel untuk menikmati ketika mereka bersiap-siap di pagi hari. Apa pun yang anda hantar, sertakan dengan surat tulisan tangan yang memberitahunya tidak sabar untuk berjumpa dengannya – sembur sedikit bau wangian anda di atas kertas tersebut dan dia akan berasa romantik dalam masa yang singkat.

Sentuhan traditional

jam lelaki

Jika anda mahukan sesuatu yang tradisional yang anda tahu beliau akan suka, maka anda tidak salah dengan jam tangan. Jika beliau sejenis old-school, maka jam poket akan menjadi pilihan yang baik – terutamanya jika anda mengukirkan dengan inisialnya atau tarikh perkahwinan anda. Bagi pengantin lelaki yang lebih moden, jam tangan adalah hadiah yang sempurna untuk majlis perkahwinan. Pamirkan nota dengan masa majlis (dengan tulis ‘ jumpa pada 1 petang ini!) untuk sentuhan peribadi yang comel.

klik disini dan dapatkan barangan untuk hari perkahwinan anda & nasihat wedding planner kami

Ramai pengantin perempuan akan membeli pasangan mereka cufflink pada hari perkahwinan mereka, kerana mereka adalah hadiah yang boleh dipakai pada hari perkahwinan dan selama bertahun-tahun akan datang – mengukir mereka dengan tarikh perkahwinan anda dan dia tidak akan melupakan ulang tahun anda!

cufflink

Kesenian yang manarik

Sekiranya anda dan suami anda sama-sama berumah tangga, maka mendapat susuatu yang boleh anda paparkan untuk semua tetamu rumah anda melihat adalah idea yang menarik sekali. Kami suka rekod berbingkai lagi tarian pertama anda – ini akan menjadi hadiah istimewa jika lelaki anda adalah peminat muzik.

Elakkan stereotaip  seperti ‘Mr &Mrs’ pada bingkai silver (yang anda pasti dapat dari makcik anda atau nenek anda!). Kami fikir bingkai gaya photobooth ini sangat menarik – malah, mereka boleh dilipat sebagai hiasan penerimaan perkahwinan. Anda boleh gantungnya di tempat pernikahan anda dan kemudian boleh gantungnya di rumah anda selepas itu.

gambar pengantin

Untuk berbulan madu

Jika pasangan anda mempunyai kesemua yang beliau perlukan pada hari perkahwinan, mengapa tidak berfikir lebih jauh lagi dan belikannya beliau yang boleh digunakan untuk bulan madu? Sepasang cermin mata hitam yang berjenama yang akan dipakai untuk bulan madu pantai atau ski, dan kelengkapan dandan mewah di dalam beg cuci kulit akan sentiasa bermanfaat.

produk jagaan kulit

Jika anda ingin lakukan dengan pasangan anda dengan sedikit teruja, maka anda pasti akan mempertimbangkan untuk membuat tempahan untuk pemotretan boudoir. Syarikat-syarikat pengambaran melakukan gambaran yang seksi terutamanya untuk pengantin, dan membungkus gambar-gambar dalam album cantik untuk anda dan pasangan anda. Biarkan ia di dalam bilik tidurnya bersama catatan “ jumpa saya nanti!” dan dia pasti bersedia untuk berbulan madu!

Perkara-perkara kecil

Jika anda sudah dapatkan hadiah pada pasangan anda, atau anda telah setuju bahawa anda tidak akan berbelanja dengan lebih untuk satu sama lain, maka mengapa tidak pilih hadiah tambahan untuk menunjuk padanya yang anda sentiasa memikirkan tentangnya? Kotak ‘10 perkara yang saya sayang mengenai awak’ yang dikhaskan ini adalah kenangan-kenangan yan anda cenderung untuk terus berpegang daripada surat tulisan tangan – ditambah dengan sesuatu yang anda gunakan pada setiap ulang tahun untuk mengingati diri anda bagaimana hubungan anda yang istemewa.

klik disini dan dapatkan barangan untuk hari perkahwinan anda & nasihat wedding planner kami

Buku ini mungkin telah ditulis dari 1913, tetapi ia masih memenuhi nasihat-nasihat yang lucu! Ayat bijaksana penulis termasuklah: ‘Jangan lepaskan marah pada isteri anda setiap kali anda mengalami sakit kepala atau dingin. Ia bukan salahnya, dan dia mempunyai cukup untuk menjaga anda tanpa tawar-menawar!’ ini adalah hadiah ringan yang pasti akan membuat pengantin lelaki tergelak kepada dirinya sendiri ketika dia bersedia.

untuk lelaki

Akhir sekali, hadiah yang praktikal untuk lelaki yang sudah mempunyai segalanya – kami taruh yang si dia tidak ada benda ini! Penahan baju ini akan menghalang baju lelaki anda daripada tidak kemas dan ia di melekat ke stokingnya – genius! Walaupun dia tidak berminat, anda berdua akan ketawa ketika dia membuka pakaiannya pada malam nanti!

artikel ini dipetik dari wedding ideas mag

10 hadiah untuk pengantin lelaki di hari perkahwinan was last modified: September 7th, 2017 by syazwani