Cerita Perkahwinan

Bagaimana Untuk Melayan Tetamu Anda

kad jemputan tetamu

image dari Melani Lust Photography

Ia adalah tugas terakhir anda. Disini terdapat cara bagaimana untuk bermain ‘muzical chairs”

Jika anda mempunyai 25 tetamu buffet, anda mungkin mahu atau sebaliknya untuk memberikan orang yang spesifik. Tetapi jika anda mempunyai 75 tetamu atau lebih dan hidangkan makanan di meja, anda mesti mahukan semua tetamu mendapat tempat yang lebih spesifik. Mengapa? Kerana mereka ingin tahu dimana tempat mereka-dan anda mengambil masa untuk memilih dimana- dan dengan siapa. Ia juga membantu jika anda menghidangkan beberapa pilihan lain, kerana caterer dan staff boleh mengetahui berapa banyak ayam, daging dan sayuran yang perlu dihidangkan di setiap meja, kerana mereka mengetahui orangnya. Baca tips ini.

Mula Awal

Terdapat pasangan yang merancang pada malam sebelum majlis (atau pagi majlis tersebut). Jangan anda lakukannya-anda mempunyai perkara penting untuk difikirkan disaat itu. Sudah pasti, ianya boleh untuk membuat perubahan disaat akhir, tetapi cuba untuk merancangnya sekurang-kurangnya seminggu sebelum.

Pecahkan Kategori

Buatkan carta baru. Jika anda tidak membuatnya lagi, masukkan kolum pada dokumen tetamu anda untuk menkategorikan jemputan anda mengikut hubungannya: kawan anda, keluarga anda, kawan pasangan anda, keluarga pasangan anda, dan lain-lain. Dengan cara ini, anda boleh memecahkan mengikut bahagian meja.

Hasilkan Peta

Jika anda seorang yang visual, lukiskan peta dan masukkan nama kedalamnya. Atau anda boleh menulis nama tetamu pada sticky note dan kategorikan mereka.

Susunan Meja Utama

Meja utama biasanya berbentuk panjang dan bukanlah bulat, dan biasanya disusun sepanjang dinding, atau menghadap meja resepsi. Pengantin biasa akan duduk ditengah-tengah dimana tetamu boleh melihat mereka, bersama pengapit. Flower girls atau pembawa cincin biasanya duduk bersama keluarga. Buat keputusan dengan cara ini, atau rancang susunan meja yang lain.

Perubahan

Tetapi anda tidak perlu membuat begitu. Bridesmaids anda boleh duduk ditempatnya, dan groomsmen juga begitu. Atau mungkin anda tidak mahu majlis tersebut terasing dari tetamu lain. Jadikan susunan meja berbentuk bulatan menghadap resepsi tau mereka duduk bersama pasangannya, dan biarkan meja utama menjadi milik anda berdua. Pilihan lain: Anda berdua boleh duduk bersama pasangan anda dan yang lain di meja masing-masing.

Tempat Duduk Ibubapa

Biasanya, ibubapa anda dan mertua anda duduk di meja yang sama, bersama datuk dan nenek serta adik-beradik, dan teman rapat. Tetapi jika ibubapa anda atau pasangan bercerai dan tidak selesa duduk bersama, anda mungkin mahu meletakkan mereka di meja khas. Ini bermakna 4 meja ibubapa, bergantung pada situasi anda.

Ingat, susunlah dengan tempat yang sesuai. Jika anda tidak pasti, berbincanglah dengan ibubapa anda sebelum membuat keputusan.

Tekanan

Terdapat situasi di mana ahli keluarga tidak bertegur sapa. Mungkin kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika pergaduhan. Anda mestilah mahu menempatkan mereka di meja berasingan. Fikirkan tentang hubungan seperti ini sebelum membuat keputusan. Percayalah- mereka akan hargainya.

Sediakan waktu Reunion

Kesemua kawan kolej atau sekolah ditempatkan di meja yang sama. Ia memberikan mereka peluang untuk bertanyakan khabar dan bercerita kerana mereka mungkin sudah tidak lama berjumpa.

Artikel ini dipetik dari TheKnot

Bagaimana Untuk Melayan Tetamu Anda was last modified: June 19th, 2017 by nabila