Samaada andalah pengacara atau tetamu terhormat, baca artikel ini.
Tujuannya
Untuk meraikan pertunangan anda. Majlis lebih ceria berbanding mengucapkan tahniah di telefon. Ia juga waktu yang sesuai untuk memperkenalkan satu sama lain yang akan bersama anda untuk tahun seterusnya. “Ini adalah kali pertama untuk anda mempunyai kenalan yang berlainan kumpulan dan bermesra bersama,” Jelas selebriti perunding perkahwinan Jung Lee dari Fête NY.
Pengacara
Biasanya, ibubapa pengantin merupakan pengacara untuk majlis tersebut. Kini, ramai pasangan yang mengatur majlis ini sendiri. Rakan anda boleh menjadi pengacara untuk menjimatkan wang.
Bila Boleh Diadakan
Majlis ini boleh dibuat setelah beberapa bulan merisik. Anda mesti mahu memberikan tetamu notis sebulan awal, jadi buatlah selepas bebaerapa bulan selepas merisik.
Lokasi
Lokasi ini bergantung pada tuan majlis. Ia akan menyusahkan ramai pihak jika majlis tersebut jauh dari semua orang. Sebagai contoh anda tinggal di New York, tetapi keluar dan rakan berada di Chicago: anda boleh membuatnya di Chicago atau membuat 2 majlis. Bayangkan kepenatan tetamu. Apabila memilih lokasi, pilih berdekatan majlis perkahwinan anda. “Ramai klien saya membuat majlis pertunangan di banyak tepat kerana keluarga dan rakannya berada di seluruh Negara tetapi semuanya mahu menyambut mereka,” Kata Lee.
Lokasi Majlis
Bergantung pada berapa ramai tetamu anda. Apabila memilih tempat fikirkan tentang suasana yang hendak dibina: jika anda sukakan idea elegan, anda boleh menyewa bilik di restoran,country club. Untuk bersederhana, rumah, laman merupakan pilihan terbaik.
Siapa yang Perlu Dijemput
Etikanya adalah anda tidak menjemput orang yang tidak dijemput pada majlis perkahwinan anda. Tetapi ramai pasangan yang tinggal jauh dari keluarga dan ianya sudah berubah. Majlis pertunangan boleh melibatkan orang yang tidak dijemput di majlis perkahwinan. Jika rakan anda ingin lakukan majlis ringkas, tidak mengapa untuk mengajak tetamu yang tidak diajak di majlis perkahwinan. Dan jika ibubapa rakan anda mahu membuat majlis untuk anda, ibubapa anda boleh menjemput rakan niaga mereka.
Jika anda bersama keluarga anda ingin melakukannya: anggaplah ia sebahagian dari majlis anda dan tetamu akan menganggap mereka dijemput di majlis perkahwinan juga. Untuk mengelakkan situasi sukar, rancang tetamu anda sekarang.
Bagaimana Untuk Menjemput
Ringkaskan jemputan anda. Anda boleh membuatnya sendiri atau menghantar melalui digital. Jika anda sudah memilih pereka kad jemputan, anda boleh melihat harga untuk kad majlis pertunangan. Jangan risau jika anda tidak memilih warna atau tarikh perkahiwnan- jemputan pertunangan tidak perlu sedondon. Pastikan website perkahwinan anda siap sebelum majlis pertunangan dihantar supaya anda boleh letakkan URL. Website adalah perkara mudah untuk menyebarkan jemputan anda.
Apa yang perlu dihidangkan
Tidak perlu membuat hidangan yang banyak. Masakan ringkas adalah terbaik. Atau dapatkan hidangan yang kreatif. “Saya mempunyai sepasang pengantin yang membuat hidangan Sunday Mexican, jadi ianya ialah margaritas, ikan mini tacos dan guacamole,” Jelas Lee, untuk pencuci mulut, ia tidak semestinya kek. Boleh dapatkan sandwich aiskrim gourmet, atau cotton candy.
Tema
Tidak perlu memadankan tema majlis pertunangan anda sama dengan majlis perkahwinan anda. Anda boleh memilih sesuatu yang berlainan dari majlis perkahwinan anda. Jika anda bercadang untuk majlis perkahwinan yang formal, buatkan majlis pertunangan di laman rumah dengan warna yang vibrant. Buat beberapa susunan untuk memenuhi ruang. Jika anda ingin perkahwinan di pantai dengan hiasan ringkas, majlis cocktail di hotel boleh menjadi pilihan majlis pertunangan anda.
Pakaian
Pergantung pada tempat, jika ianya di laman rumah, janganlah memakai gaun sebaliknya sesuatu yang ringkas tetapi istimewa. Dan buat pengantin lelaki, janganlah memakai pakaian formal, sebaliknya padankan baju anda bersama pasangan anda. Jika anda mempunyai etika pakaian, letakkan juga di kad jemputan.
Artikel ini dipetik dari TheKnot