Suami isteri yang dah ada anak tu, ingat lagi tak bila kali terakhir anda dan pasangan keluar dating berdua? Yelah bila dah ada anak, mesti la anak yang menjadi keutamaan. Kadang-kadang tu, masa untuk diri sendiri pun tak ada. Tapi suami isteri kena curi masa juga untuk berdua-duaan je tau. Alaa, macam pergi dating berdua macam zaman bercinta sebelum kahwin dulu tu 😉
Dapatkan barang perkahwinan menarik disini!
Kenapa pentingnya untuk suami dan isteri ada masa untuk berdua-duaan?
1. Tabung emosi agar keluarga lebih bahagia
Kalau secara fizikalnya, badan kita perlukan makanan yang seimbang dan bernutrisi untuk kekal sihat dan bertenaga. Tapi mental dan emosi juga perlukan ‘pemakanan’ yang betul. Bila dah ada masa berdua-duaan dengan isteri, dapatlah anda ‘refilll’ tabung emosi keluarga anda. Kalau kosong tabung tu, nanti mula lah timbul pelbagai dugaan dan salah faham.
Memori lama yang indah tu sedikit sebanyak akan membantu anda suami isteri meluahkan rasa kasih, sayang dan rindu antara satu sama lain. Jangan berat mulut nak katakan ‘I love you’, terima kasih dan sebagainya. Anda berdua dah banyak berkorban untuk satu sama lain dan keluarga anda tau!
2. Sesi meluahkan perasaan
Masa ni la anda suami isteri boleh gunakan untuk meluahkan segala perasaan dan masalah yang terpendam. Kadang-kadang bukan terpendam ke apa pun, cuma tak ada masa yang sesuai untuk duduk berbincang. Si isteri pula sama je macam masa bujang dulu – lebih gemar diam dan pendamkan apa yang dia rasa. Tapi bila dah ditanya, haa semua A-Z dia cerita!
Ambil peluang berdua-duaan ini untuk duduk berbincang segala masalah dan salah faham yang berlaku. Masa ni juga anda berdua boleh fikirkan rancangan masa depan anak-anak, rancangan tahunan untuk bercuti bersama keluarga atau lagi best, rancang trip untuk anda suami isteri!
3. Mengurangkan tekanan
Suami penat dan tertekan kerana kesibukan bekerja, si isteri juga tertekan dengan kerja, lepastu anak-anak lagi, nak bersihkan rumah lagi dan sebagainya. Lagi tertekan kalau suami pulang dan isteri pulak tengah tak keruan.
Haa untuk mengelakkan keruan isteri daripada berpanjangan, masa suami ‘alone time’ dengan isteri ni la boleh kurangkan tekanan si isteri. Kita yang si isteri ni pasti akan luahkan segala cerita dan masalah. Jadi suami pun akan lebih memahami.
Tambahan pula, masa berdua-duaan dengan isteri ni juga dapat kurangkan tekanan untuk masa akan datang. Saat-saat berduaan tu macam ‘pain killer’ gitu.
4. Nafkah batin
Haa yang ni lagi penting! Tak kisah la dah ada anak yang ke 10 ke, atau ramai lagi ke, tapi nafkah batin harus sentiasa konsisten ye encik suami. Hanya kerana kedua-dua anda dah tua, tak bermakna keperluan batin harus berkurangan. Ada juga yang lagi meningkat usia, lagi menjadi-jadi tau!
5. Bunga cinta
‘Bunga-bunga cinta, layu di pusara~’
Haa kita nak perkahwinan yang kekal lama dan mekar bahagia kan. Taknak la jadi macam lagu Misha Omar tu. Bunga yang hidup tu kalau tak disiram kan layu, inikan bunga cinta suami isteri. Bunga cinta ni ibarat perasaan cinta kita kepada pasangan.
Bila dah luangkan masa berdua, ingat kembali rasa cinta masa mula-mula kenal dulu. Haa best kan? Sepatutnya dalam perkahwinan ni, kita kenal kekalkan rasa cinta macam tu sampai tua. Bahkan patut rasa cinta lepas berkahwin patut lagi mekar, lagi dalam dan bermakna!
Jadi, untuk encik suami dekat luar sana tu, boleh la set masa dengan isteri untuk ‘alone time’ anda berdua. Jangan jadikan anak-anak satu alasan tau! Boleh je tinggalkan anak-anak kejap dekat mertua ke pengasuh. Tak perlu sehari pun boleh. Keluar makan berdua ja pun dah romantik tau!