“Hujung tahun ni kita kahwin ye…”
Tiga bulan kemudian – “Mungkin kita perlukan masa…saya nak fokus kerjaya saya dulu.”
Dua minggu kemudian – “I miss you. Can we have another chance?”
Ye, peluang lagi dan lagi! Yang perempuan pun mudah je berikan peluang sekali lagi walaupun dah banyak kali benda yang sama berlaku.
Aduh, sampai bila ni? Letih, penat. Mentally and emotionally drained.
Ajak berbincang, taknak. Mendiamkan diri. Ada masalah atau salah faham, tak suarakan. Masih pilih untuk mendiamkan diri.
Pernah tak anda berada dalam hubungan macam ni? Ni hubungan TOXIC namanya. Sebab akan makan diri sendiri. Yelah, dah banyak kali diperlakukan macam tu, sampai bila nak tahan?
Hubungan anda dengan si dia mungkin bukan kisah percintaan anda yang pertama, tapi anda amat berharap ini yang terakhir. Lepastu, dua-dua pun dah setuju untuk mengakhiri hubungan tersebut dengan perkahwinan. Jadi mestilah kita sentiasa harapkan yang baik-baik bukan?
Tapi, sampai bila nak tahan kalau macam tu je caranya? Macam tak serius dan konsisten je.
Kenapa perlu berjanji? Kenapa perlu bagi harapan? Ibu bapa pun dah jumpa, dan dah restu hubungan anda dan si dia. Kalau terbit rasa tak yakin untuk teruskan hubungan, lebih baik jangan bersungguh-sungguh. Nanti yang perempuan akan rasa tak dihargai.
Akan ada satu tahap, anda terlalu penat nak melalui fasa percintaan macam ni. Dan akhirnya anda pun tawar hati.
Hubungan yang bertahan atas dasar suka sama suka dan niat untuk berkahwin punah begitu sahaja. Lalu, mulalah fasa kecewa dan move-on yang amat sukar dan perit. Saban hari menangis dan terkenangkan segala pahit manis yang berlaku. Mana-mana pergi je, teringat si dia.
“Eh, tempat ni la dulu selalu date.” “Bau ni macam perfume dia lah.” “Tu jenama jam tangan favourite dia.”
Bab hati dan perasaan jangan dibuat main-main.
Ye sakit. Amat sakit. Kesedihan yang dilalui sampai boleh rasa tekanan perasaan. Anda tak boleh duduk sorang, sebab nanti akan teringat. Anda juga akan kurang yakin dengan diri sendiri. Kalau ada ibu telefon dan menanyakan keadaan anda, anda masih boleh menangis sebab teringat. Sampai ibu bapa pun risaukan keadaan anda.
Dah cakap pasal kahwin, maknanya serius lah kan?
Bila sering bercakap soal perkahwinan dengan pasangan, maksudnya seriuslah hubungan anda berdua. Jangan lagi main-main dan kedua-duanya harus sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih baik untuk hubungan anda.
Untuk pasangan yang bercinta dan sudah merancang ke arah perkahwinan, tolonglah kekalkan dan tingkatkan usaha anda terhadap satu sama lain. Penting untuk sentiasa berkomunikasi tentang apa jua salah faham dan perasaan anda.