Cerita Perkahwinan

5 tips untuk “Move On” selepas putus cinta

move on

credit: Huffington Post

Baru putus cinta? Biasalah tu. Kalau tak serasi buat apa nak teruskan lagi kan? Memang mula-mula rasa sedih, rasa nak marah dekat ex sebab dia tinggal kita, tapi sebenarnya putus cinta sebab dah tak rasa sayang lagi elok dari pura-pura rasa sayang semata sebab nak ada pakwe makwe kan?

 

Biasanya yang kena tinggal lah paling sedih. Yang tukang tinggal boleh buat rilek je sebab dah tak rasa apa-apa. 

credit: Medium

Sabar lah. Dia bukan jodoh kita, ingat tu je. Tuhan dah tulis dah nama jodoh kita sebelum lahir lagi.

5 Tips Move On lepas Putus Cinta

credit: Tenor

1. Jangan sesekali salahkan diri anda!

Ya, ini sangat penting. Ada yang lepas putus cinta asyik salahkan diri sendiri. Ingat, kalau dah takde jodoh pusing ikut mana pun memang takde jodoh. Jangan nak salahkan diri sendiri. Semua benda jadi mesti ada sebab. Mana tau lepas ni jumpa yang lagi baik.

credit: Kara Leigh Miller

 

2. Beri masa untuk diri anda.

Lepas putus jangan terus nak cari pakwe  makwe baru. Bagi masa diri tu rehat. Kalau nak nangis, nangis la puas-puas. Jerit la nak jerit. Keluarkan semua yang terbuku tu. “Recover” la sebulan dua atau setahun ke, tapi pastikan diri tu sembuh dulu baru nak cari pengganti. Dengan cara ni, anda akan lebih menghargai orang lepas ni.

credit: twitter

3. “Block” ex!

Cara ni ramai orang cakap “childish” sebab kalau blok ex maknanya ex menang. Apahal pulak? Sebenarnya dengan cara ni kita akan cepat “move on”. Bayang eh, kalau tak blok ex tak ke rasa nak mesej balik. Tak malu ke?

credit: Vebma.com

Orang dah tinggal kita lagi nak terhegeh. Tolong blok ex anda. Semua sekali lah, WhatsApp, Facebook, Twitter, apa-apa jenis social media platform dan juga “in real life”.

4. Luahkan dekat orang yang boleh dipercayai.

Salah satu cara nak sembuh ialah luahkan. Ceritalah dari A sampai Z. (Ini cara saya). Memang berkesan. Jangan malu nak share sebab kalau malu, makin lama luka dekat dalam tu makin parah. Percayalah.

credit: VideoBlocks

5. Upgrade!!

Lepas dah habis menangis, murung, menjerit, silalah upgrade diri anda. Beli baju baru, cuba makeup baru, warnakan rambut anda, exercise. Cara ni memang akan membantu anda untuk pulih. Bila kita sibuk nak cantikkan diri kita, memang takde masa nak nangis dah. Silap-silap hari bulan, ada orang datang nak kenal. Hehe. Tapi jangan “rebound” ya, tak baik.

credit: search influence

Klik disini dan dapatkan barangan untuk hari perkahwinan anda & nasihat wedding planner kami.

Dapatkan lebih banyak tips perkahwinan di story.wedding.com.my!

 

5 tips untuk “Move On” selepas putus cinta was last modified: July 9th, 2018 by Shayana