Cerita Perkahwinan

Nak Kahwin Memang Kewangan Kena Stabil Dulu Ke?

stabil-kahwin

credit: readers digest

Ramai orang zaman sekarang ni fikir nak kahwin, nak bina keluarga, tapi kerja takde. Dalam fikiran mereka, “alah takpe nanti ada lah tu rezeki lepas kahwin” atau “ala takpe nanti ada anak, ada la rezeki masuk.”

Betul, ajal, maut, jodoh dan rezeki tu ditangan Tuhan. Tapi adil ke kita ni nak bina keluarga tapi takde langsung perancangan masa hadapan? Macam mana kalau ada anak tapi rezeki masih takde? Nak bagi makan apa anak tu? Pasir?

Semua benda dalam dunia ni sekarang perlukan duit. Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

credit: GFImage.net

Majoriti masyarakat kita ni asyik duk tanam mentaliti macam ni. Pernah dengar berita pasal “isteri kena belasah dengan suami sebab minta duit untuk belikan susu anak“? Kenapa jadi macam tu? Ya, sebab tak cukup duit.

Tahu tak statistik menunjukkan ramai pasangan muda yang bercerai awal atas sebab masalah kewangan?

Ada je orang lepas kahwin rezeki makin mencurah sebab apa? Sebab dia USAHA keras. Bukan hanya percaya “rezeki tu Tuhan bagi” tapi duduk goyang kaki saje. Stabil ke tak stabil tu belakang kira, yang penting kena rajin dan usaha.

credit: Giphy

Mari baca tips mengelakkan dari ada masalah kewangan sebelum bina keluarga ni dulu atau dengan kata nama lain:

Tips bersedia sebelum membina keluarga

1. Tambahkan ilmu pengurusan kewangan. Kalau boros, hancur terus kewangan keluarga kau nanti. Belajar bagaimana menguruskan kewangan dengan baik. Ramai mentor-mentor kewangan di luar sana yang boleh bantu.

2. Tambahkan kemahiran asas. Jangan semua benda nak upah orang, semua benda nak beli. Do It Yourself (DIY) lebih menjimatkan. Paling tidak mesti tahu tukar mentol lampu , tukar gas masak , tukar minyak hitam kereta , tukar bateri kereta sendiri.

credit: tumblr.com

3. Kalau tak mampu menyimpan setiap bulan, potong bajet mana tak perlu. Misalnya keahlian kelab memanah, golf, spa. Jika nak kekalkan badan ketul-ketul sado tu, pergi je bersenam dekat taman rekreasi.

4. Tak perlu nak “reward yourself” sangat lah, jika dapat gaji terus reward yourself sampai habis RM500-RM600. Bila masanya nak menyimpan? Suruh masuk RM5 dalam tabung masjid pun terketar-ketar tangan. Setakat “reward yourself” dalm RM50-RM100 boleh la, buat beli McD ke KFC.

5. Cubalah belajar memasak. Ni tidak. Setiap hari lepak mamak. Mamak tu makin kaya, kau pulak masih terkapai-kapai dalam masalah kewangan.

credit: Giphy

6. Biar pakai motosikal cabuk tapi dah ada rumah sendiri, jadi tuan rumah. Bayar bulan-bulan lepas tu habis bayar rumah tu jadi hak kita. Jangan jadi macam si Abdul tu, pakai Honda Civic tapi masih menyewa.

7. Buat simpanan untuk kahwin. Bukan minta makwe/tunang atau bakal isteri buat pinjaman. Ini adalah panduan yang terbaik, iaitu simpan dulu, selebihnya baru belanja.

Gaji – Simpanan = Belanja

Amacam? Dah bersedia ke tu? Kalau rasa boleh ikut 7 tips ni, maknanya tak lama lagi ada la kendurinya.

credit: Giphy

Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang. Ewahhh

klik disini dan dapatkan barangan untuk hari perkahwinan anda & nasihat wedding planner kami

Nak Kahwin Memang Kewangan Kena Stabil Dulu Ke? was last modified: October 25th, 2018 by Shayana