Cerita Perkahwinan

9 Cara Untuk Memberi Sentuhan Peribadi Kepada Majlis Perkahwinan Anda

Gambar daripada Prologue Pictures

Gambar daripada Prologue Pictures

Cuba salah satu idea ini – dan berikan sentuhan anda – untuk majlis yang unik untuk anda – Cassie Kreitner

Butiran terperinci sangat penting. Sentuhan lain daripada yang lain, daripada persembahan istimewa kepada minuman buatan istimewa, membuat sesebuah majlis perkahwinan tidak dapat dilupakan. Lagipun, lebih seronok jika anda memberi sentuhan istimewa kepada tradisi majlis perkahwinan. Kami telah sediakan 9 idea kegemaran kami. Cuba satu (atau lebih) daripada idea ini dan anda akan memberi memori yang tidak dapat dilupakan oleh anda dan tetamu anda.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

1. Hidang Minuman Buatan Istimewa

Sama ada anda menyediakan booth minuman/bar, menawarkan minuman istimewa adalah salah satu cara untuk menyambut tetamu anda. 24% pasangan sudah pun mencuba trend ini dan masih banyak lagi cara yang anda boleh cuba: Sediakan booth minuman berasingan, sediakan bar bertema, hiaskan minuman untuk tetamu lelaki dan wanita, gunakan bahan-bahan kegemaran anda. Apa pun keputusan anda, berikan nama yang unik/bermakna kepada minuman anda – sama ada nama tempat anda dan pasangan pertama kali berjumpa atau nama haiwan peliharaan anda – sesuatu yang bermakna untuk anda dan pasangan.

2. Beri Perhatian kepada Tempat Duduk Tetamu

Selain daripada meja bulat, anda boleh cuba meja panjang: cara yang baik untuk lebih beramah mesra sesama tetamu. Idea lain adalah seperti memberi nama kepada setiap meja mengikut tema.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

3. Masuk (dan Keluar) Mengikut Masa Anda

Proses perkahwinan selalu menjadi fokus – kenapa tidak rancang majlis anda dengan butiran yang anda rasa unik untuk anda? Selalunya pasangan pengantin diarak kaum keluarga dan kumpulan kompang ke dalam dewan majlis. Apa sahaja pilihan anda, masuklah ke dalam dewan majlis dengan lagu atau cara yang anda suka. Sama ada dengan iringan lagu kegemaran anda, atau melodi yang mengingatkan anda dan pasangan anda tentang percintaan anda.

5. Hidang Makanan Dengan Cara Anda

Cuba: food truckbar makanan, dan s’mores untuk pencuci mulut. Untuk pasangan pengantin yang mahu menari sepanjang majlis, ini adalah cara yang baik untuk memastikan makanan tetap ada.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

6. Pilih Lokasi Kesukaan Anda

Sudah menjadi kebiasaan untuk memilih lokasi yang dekat dengan rumah pengantin. Tapi anda boleh juga pilih tempat yang istimewa untuk anda (jika masih terbuka untuk tempahan). Jika anda mempunyai idea untuk lokasi tetapi lokasi tersebut jauh daripada anda – pertimbangkan majlis destinasi: lokasi di dalam atau luar Malaysia.

7. Pilih Gaun Pengantin yang Anda Rasa Seperti Diri Sendiri

Yang paling penting, pakaian dan solekan anda patut menjadi refleksi diri anda. Sebelum anda mencari gaun putih di atas rak, fikirkan gaya peribadi anda, sebaris dengan mood majlis dan tahap formality majlis anda. Fikirkan cara untuk menggayakan sesuatu yang unik.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

8. Cipta Tradisi Anda Sendiri

Hanya kerana ibu, kakak, dan rakan karib anda buat sesuatu dengan cara yang tertentu, tak semestinya anda kena mengikut jejak langkah mereka. Cipta sesuatu tradisi yang memberi makna kepada anda. Fikirkan cara untuk menonjolkan personaliti dan minat anda.

9. Kek / Pencuci Mulut

Masih banyak pasangan yang memilih pakar kek, namun kek tradisional bertingkat sudah mendapat kurang sambutan. 32% peratus lebih memilih untuk menghidangkan kek mini, cupcakes, dan cookies kepada tetamu mereka.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

Artikel dipetik daripada The Knot.

Gambar diambil daripada Pineapple Planet.

9 Cara Untuk Memberi Sentuhan Peribadi Kepada Majlis Perkahwinan Anda was last modified: July 20th, 2017 by aisyah