Cerita Perkahwinan

Cincin Kahwin Di Bulan Madu? Baca Tips ini

bulan badu - The knot

bulan badu - The knot

Anda baru sahaja kahwin, mestilah nak show off cincin perkahwinan anda! Ini adalah cara-cara untuk menjaga cincin anda yang berharga itu.

Jika anda seperti pengantin baru yang lain, anda mahu pakai cincin perkahwinan anda setiap hari dan setiap masa. Secara naturalnya, anda akan pakai semasa berbulan madu. Tapi bagaimana untuk mengelakkan cincin anda daripada hilang?

Pertama sekali: Insurankan cincin anda sebaik sahaja anda beli. Insurans ini tidak mahal (mungkin anda kena bayar 1 ke 2 peratus daripada nilai cincin anda setiap tahun)! Jika terjadi apa-apa, anda akan lega sebab anda sudah insurankan cincin anda. Ada syarikat Insurance Barang Kemas yang menawarkan perlindungan untuk menggantikan atau membaiki barang kemas anda jika hilang, dicuri, atau rosak – kemana sahaja anda pegi; perjalanan domestic atau antarabangsa, dimana ianya kunci untuk bulan madu.

Sebaik sahaja cincin anda sudah diinsurankan, anda boleh pakai cincin anda dengan selamat ke percutian anda. Dibawah adalah panduan masa yang sesuai untuk menayangkan cincin anda – dan masa yang sesuai untuk menyorokkan cincin anda di tempat yang lebih selamat.

Perjalanan ke airport

Pakai barang kemas harian anda, tetapi sorokkan barang kemas berharga yang lain di dalam beg galas anda, bukan bagasi yang untuk check-in. Pengesan logam tidak akan berbunyi jika anda memakai barang emas dan platinum, tetapi jika anda memakai barangan yang anda rasa akan membunyikan pengesan logam, simpan di dalam bag berzip di dalam beg galas anda sebelum sampai ke tempat pemeriksaan. Airport kadang-kadang terlalu sesak, dan jika anda tunggu sehingga sampai ke tempat pemeriksaan, akan ada risiko anda tercicir, atau terlupa di mana anda simpan.

Pegi snorkeling atau berenang di laut

Tinggalkan cincin anda di dalam peti besi yang ada di dalam bilik hotel anda. Ada banyak sebab yang munasabah untuk melakukan ini: air boleh membuatkan jari anda mengecut, pasir terkenal dengan menelan cincin, dan lautan luas bersamaan dengan 0 peluang untuk mencari cincin anda yang hilang. Jangan risikokan.

Menikmati Hari di Kolam Renang

Pakai cincin anda – dengan berhati-hati. Kerana kebanyakan kolam renang dikelilingi oleh rumput, konkrit, atau lantai kayu, tidak mungkin cincin anda akan hilang selamanya jika anda tercicir. Tapi lebih selamat jika anda tanggalkan cincin anda sebelum menyapukan pelindung matahari ke seluruh badan anda. Berhati – hati semasa anda masuk ke dalam kolam renang. Ya, kolam renang lebih selamat daripada di pantai, tapi siapa yang mahu stress semasa bulan madu?

Mendaki atau bersenam

Tinggalkan cincin anda di dalam peti besi di dalam bilik hotel anda. Selain daripada kemungkinan untuk cincin anda hilang semasa mendaki, anda akan memberi risiko kepada cincin anda untuk tercalar, kotor, dan merosakkan cincin anda daripada aktiviti lasak.

Bersiar – siar, membeli – belah, atau makan malam

Show off cincin anda! Jika anda risau tentang pencuri, anda boleh pusingkan cincin anda supaya belian itu tersorok di dalam tangan anda. Atau, anda boleh simpan cincin belian anda di dalam peti besi di dalam bilik hotel, dan hanya pakai cincin pertunangan tanpa belian. Anda masih boleh pakai cincin istimewa anda dengan pasangan anda.

Artikel dipetik daripada The Knot.

Cincin Kahwin Di Bulan Madu? Baca Tips ini was last modified: June 23rd, 2017 by aisyah