Cerita Perkahwinan

Penting ke perjanjian pranikah sebelum kahwin di Malaysia?

perjanjian pranikah di malaysia

Dah nak kahwin ke tu? Dah sibuk-sibuk ke sana sini cari barang perkahwinan ye. Tapi anda dan pasangan tau tak pasal perjanjian pranikah? Pernah tak korang sit down dan cakap pasal perjanjian pranikah ni?

Perjanjian pranikah…apa tu?

Perjanjian pranikah atau “prenuptial agreement” sebenarnya perjanjian yang dilakukan oleh pasangan yang bakal berkahwin – untuk menentukan hak dan tanggungjawab antara pasangan JIKA berlaku perceraian atau perpisahan.

Maksudnya, jika jodoh anda dan pasangan tak panjang lalu bercerai, perjanjian ini dapat membantu sedikit sebanyak kehidupan selepas bercerai.

BACA: Tips untuk move on selepas putus cinta.

Sebagai rakyat Malaysia, anda rasa penting ke tak perjanjian ini?

Perjanjian pranikah di Malaysia mungkin tidak sepopular seperti di Amerika, namun ia sebenarnya penting untuk pasangan yang bakal berkahwin.

Bukan apa, ini sebenarnya untuk melindungi hak dan juga dapat memberi faedah kepada kedua suami isteri jika berlakunya perkara yang tidak diingini.

Contohnya, dalam perjanjian itu anda suami isteri dah tetapkan macam mana dengan pinjaman kereta/rumah, nafkah yang dijanjikan dan sebagainya. So kalau bercerai nanti, anda berdua dah tahu tanggungjawab masing-masing, dan mungkin hanya perlu bincangkan beberapa perkara yang lain je.

Sumber: Utusan Online – Statistik perceraian di Malaysia hingga tahun 2014

Boleh ke perjanjian pranikah dalam Islam?

Boleh dan amat digalakkan. Mengikut laporan yang dikeluarkan The New Straits Times, perjanjian pranikah yang dilakukan mengikut syarak sebenarnya sangat memberi manfaat kepada pasangan setelah bercerai.

Selain mengikut rukun kontrak di bawah Akta Kontrak 1950, perjanjian pranikah yang dilakukan haruslah mengikut perspektif Hukum Syarak. Macam mana pulak tu?

Ye, betul perjanjian pranikah perlu dilakukan sebelum berlakunya akad nikah.

Tapi ianya perlu disahkan semula bila anda dan pasangan sah menjadi suami isteri, iaitu selepas akad nikah. Apa yang anda janjikan dengan pasangan anda sebelum bernikah tu perlu ditandatangani semula dihadapan saksi yang lain setelah akad nikah.

Contohnya, macam lafaz taklik. Lafaz taklik kan hanya sah apabila dilakukan selepas berlangsungnya akad nikah. Sama la juga dengan perjanjian pranikah ni untuk umat Islam.

Melindungi hak-hak kaum wanita.

Untuk kaum wanita dekat luar sana, penting sebenarnya perjanjian pranikah ni. Kenapa? Perjanjian ni dapat melindungi hak-hak anda sebagai wanita. Kan banyak je kes suami mengabaikan hak isteri? Tak bagi nafkah yang cukup lah, ada juga yang tak bagi nafkah dengan alasan isterinya bekerja dan banyak lagi lah. Perjanjian pranikah ni untuk membendung berlakunya masalah macam tu lah untuk si isteri.

Sebuah perkahwinan tu kan satu mahligai yang dibina dengan cinta dan kasih sayang. Walau susah macam mana pun, cuba elakkan perceraian. Tengok la macam mana Tun Dr Mahathir dan isterinya. Dah berpuluh tahun kahwin, dan sibuk macam mana pun mereka berdua, still comel dan sweet je kat mana-mana. #relationshipgoal sangat!

Rancang perkahwinan anda dengan lebih mudah di wedding.com.my!

Penting ke perjanjian pranikah sebelum kahwin di Malaysia? was last modified: July 30th, 2018 by Fairuzal Aula