Mereka adalah sokongan anda, kumpulan anda, orang penting pada hari tersebut. Terdapat beberapa cara untuk menghasilkan majlis yang sempurna.
Pilih orang untuk bersama anda di majlis penting adalah sangat memeningkan, tetapi jangan risau- kami akan membantu anda. Ia tidak sesukar yang dijangka.
Fikir semasaknya.
Apabila anda memintaseseorang untuk berada dimajlis anda, anda tidak boleh menarik balik. Jadi sebelum mengajak kesemua rakan rapat anda majlis anda, anda perlu berfikir dengan tenang. Berikan masa sekurang-kurangnya sebulan. Tanyakan diri anda soalan ini: adakah orang ini akan bersama saya pada 5 tahun akan datang.
Tips: jika anda ingin mengajak seseorang berada di majlis anda, adakah mereka akan sesuaikan diri dengan yang lain. Jika anda tidak yakin dengannya, buang mereka dari senarai tersebut.
Jangkaan.
Apakah tema yang anda adakan? Adakah penting untuk anda jika mereka membantu untuk jemputan, membeli barangan bersama anda dan berada di semua majlis anda? Atau cukup sekadar memakai pakaian yang anda pilih sewaktu majlis anda? Jika anda mahu mereka berada di majlis tersebut, ia bukanlah idea terbaik untuk mengajak rakan yang jauh dari anda. Anda akan kecewa.
Tips: Bagi rakan yang tidak boleh hadir, biarkan mereka hadir pada majlis kecil jika mereka terlalu sibuk.
Libatkan adik beradik anda.
Fikirkan tentangnya: jika anda tidak rapat dengan mereka, tetapi mereka akan bersama anda sepanjang waktu. Libatkan mereka untuk majlis anda. Jika anda dari keluarga yang besar, tidak mungkin anda akan libatkan semuanya.
Tips: secara tradisi, lelaki dan wanitaakan berasingan tetapi anda boleh memecahkannya.
Fikirkan saiz perkahwinan anda.
Anda boleh mempunyai sebanyak mana bridesmaids dan groomsmen yang anda mahukan. Puratauntuk majlis anda adalah bersaiz 4. Gunakan panduan tersebut untuk membuat keputusan. Bergantung pada kebesaran majlis tersebut. Untuk majlis sederhana hanyalah sekitar 50 hingga 60 tetamu, tidak lebih dari 4, tetapi untuk 150 tetamu, anda boleh memiliki 12 bridesmaids. Ingat: ramai tidak seestinya meriah. Semakin besar majlis tersebut, semakin terperinci kerja anda.
Tips: jika terdapat ramai orang yang anda mahukan berikannya tugas lain.
Pengapit
Apa yang penting ialah mereka ini terdiri dari orang yang paling rapat dengan anda.
Tips: anda boleh memakai apa yang dipilih oleh anda, bersesuaian atau tidak. Apa yang penting ialah keselesaannya.
Pilih pihak yang bertanggungjawab.
Pihak ini sebaiknya diberikan pada rakan anda kerana mereka yang akan memberi sokongan dari segi emosi. (Ia membantu jika mereka adalah orang yang menyeronokkan.)
Tips: jika anda tidak mahu memilih rakan karib anda, anda juga boleh memilih rakan yang lain. Pilih rakan yang boleh bertanggungjawab untuk tugas penting ini.
Jangan mengajak seseorang hanya kerana dia memintanya.
Anda tidak perlu mengajak seseorang hanya kerana dia memintanya. Jangan mengajak teman yang sudah lama anda tidak bercakap untuk 5 tahun.
Tips: jika mereka bertanya sebab mengapa mereka tidak di ajak, jawabnya dengan jujur. Jelaskan mengapa anda membuat keputusan tersebut.
Cari tugas lain.
Anda mungkin perlukan ushers untuk melancarkan majlis anda dan beberapa orang untuk tugas lain. Tetapi terlalu banyk pilihan. Mungkin anda boleh menyuruh rakan anda yang gemarkan muzik untuk membuat persembahan atau mempunyai rakan yang boleh menulis? Mintanya untuk berkonsi sesuatu yang indah di majlis anda.
Tips: fikir dahulu sebelum memberikan tugas. Kebanyakannya lebih suka jika mereka mendapat tempat VIP.
Kanak-kanak tidak diperlukan.
Jika anda tiada saudara kecil yang rapat dengan anda, anda tidak perlukan flower girl. Jika anda mahukannya juga, letakkan 3 kanak-kanak untuk menjadi flowergirl.
Tips: mempunyai majlis untuk dewasa sahaja? Anda masih boleh biarkan kanak-kanak berada di majlis anda. Buatkan satu bilik khas untuk mereka lakukan aktiviti.
Artikel ini dipetik dari TheKnot