Cerita Perkahwinan

Mekarnya Cinta Lebih Seabad Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah

tun dr mahathir

Selamat hari lahir Tun Dr Siti Hasmah

dan happy belated birthday Tun Dr Mahathir!

Wah, mereka berdua dah berumur lebih 90 tahun! Alhamdulillah. Harini merupakan birthday Tun Dr Siti Hasmah, manakala dua hari lepas, baru je hari lahir suaminya, Tun Dr Mahathir.  Selang dua hari je tarikh lahir pasangan ini sebenarnya.

Baru-baru ini, bintang Ceria Popstar, Kashika Selvam berpeluang untuk bertemu dengan Tun M dan isteri tercinta, Tun Dr. Siti Hasmah. COMEL je gelagat mereka berdua semasa dalam temu ramah tu!

Behind every successful man, there is a woman.

Walaupun sudah bertahun mendirikan rumah tangga, namun masih mekar bait-bait cinta antara pasangan yang menjadi tumpuan seluruh negara ini.

Tengoklah video ni pasti buat anda semua tersenyum je. Sweet dan cute sangat! #relationshipgoal gitu.

Apabila ditanya benda paling gila Tun Mahathir pernah lakukan, Tun Dr Siti Hasmah bergurau dengan menjawab “..adalah kahwin dengan saya!”

Tengoklah macam mana mereka masih bergurau senda. Tapi dengar pulak jawapan Tun Mahathir selepas tu 😉

“Ya, itu menyeronokkan.”

Aww, tak sweet lagi tak tau lah. Dalam umur macam tu pun masih pandai bergurau senda dan sweet macam awal-awal perkahwinan. Sebab tu lah pasangan tersohor negara ini sering menjadi relationship goal untuk pasangan lain.

BACA: Bagaimana untuk membina plan komunikasi perkahwinan.

Walaupun dah lebih seabad, setianya Tun Dr Siti Hasmah disamping suami telah menjadikan beliau idola kepada para isteri diluar sana.

Bermulanya ikatan cinta antara dua hati.

Kisah cinta mereka bermula ketika mereka berdua masih menuntut di Kolej Perubatan King Edward di Singapura. Pasangan ini kemudiannya telah berkahwin pada tahun 1956 setelah kedua-dua mereka tamat belajar.

Saat indah sebelum melakar sejarah sebagai Perdana Menteri ke-7.

Tun Dr Siti Hasmah turut dilihat memberi kata-kata semangat kepada suaminya sebelum istiadat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 yang lalu. Walaupun mereka berdua sudah berumur lebih 90 tahun, video yang berdurasi beberapa saat itu jelas memaparkan adegan sweet mereka.

Sumber: Youtube

Tun M buka akaun Instagram dengan gambar mesra bersama Isteri.

Sweet kan Tun! Tun Dr Mahathir buka akaun rasmi Instagramnya dengan memuat naik gambar mesra bersama isteri tercinta sebagai gambar pertama. Tun Mahathir turut berkongsi keterujaan beliau dengan caption yang dicemburui ramai wanita diluar sana.

Sumber: Instagram @chedetofficial

Sporting habis bila bergambar.

Mula-mula bergambar formal tapi lihatlah telatah Tun Dr Siti Hasmah yang menyakat Tun Dr Mahathir. Sporting habis! Pasangan muda pun ada yang malu-malu untuk bergambar macam ni.

 

Tun Dr Mahathir chill je layan kerenah Tun Dr Siti Hasmah.

Lihatlah telatah mereka berdua ni. Kelakar bukan? Tengok gambar ni je pun dah membuktikan ciri-ciri relationship goal hingga ke tua.

Semoga Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah dipanjangkan umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang sihat sentiasa.

Untuk lebih banyak tips perkahwinan yang bahagia, anda boleh BACA DI SINI.

Mekarnya Cinta Lebih Seabad Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah was last modified: July 10th, 2018 by Fairuzal Aula