Cerita Perkahwinan

Bagaimana Untuk Membina Plan Komunikasi Perkahwinan

perkahwinan

Anda tidak tahu sekiranya anda memerlukannya, tetapi mempunyai plan komunikasi boleh menyelamatkan kegelisahan pada hari bersejarah anda.

Berapa ramai tetamu yang akan hadir? Adakah anda membuat secara kecil-kecilan atau besar-besaran? Tidak kira berapa ramai yang akan hadir, anda memerlukan cara untuk berkomunikasi dengan mereka yang dijemput pada majlis anda.

Bayangkan tentang scenario ini. Kad jemputan sudah dan anda sudah memeriksa maklumat tersebut. Pada hari persandingan anda, semasa anda sedang sibuk bersiap anda mengesan alamat tersebut dicetak dengan maklumat yang salah ( walaupun anda sudah berkali-kali memeriksanya). Untuk memastikan setiap tetamu yang penting sampai ke alamat yang betul anda membetulkan alamat tersebut di Facebook dan berharap tetamu yang dijemput membacanya. Itu bukanlah cara yang terbaik untuk lakukannya. Jika anda berhubung dengan tetamu yang lain di Facebook ianya akan membuatkan sesiapa yang tidak dijemput membacanya dan berasa tersisih – dan bayangkan jika, pakcik anda sudah lama tidak menyentuh computer sejak tahun 90an. Jika anda ingin maklumat tersebar – cepat – pada orang yang betul, mempunyai plan komunikasi memudahkan segalanya. Terdapat beberapa tips untuk plan komunikasi perkahwinan.

Fikirkan mesej yang ringkas dan padat supaya tetamu memahaminya dengan cepat.

Tidak perlu penjelasan yang panjang. Pastikan mesej anda ringkas dan padat. Apa yang perlu mereka tahu ialah perubahan yang sudah diubah, dan apa yang perlu mereka buat.

Pastikan website perkahwinan anda tepat dan sudah dikemaskini.

Website perkahwinan anda akan mempunyai ramai tontonan yang akan pergi ke majlis anda, kerana tetamu mungkin terlupa atau tersalah untuk membawanya bersama. Pastikan website anda mengandungi maklumat baru yang perlu diketahui.

Kumpulkan satu kumpulan yang boleh dipercayai untuk memulakan mesej berantai.

Berikan tugas pada beberapa ahli keluarga anda untuk menyebarkan perubahan maklumat dan tiada ahli keluarga anda yang masih buntu – terutamanya yang jarang melihat website anda. Berikan juga pada beberapa rakan anda untuk menyebarkannya. Apabila maklumat sudah mula tersebar, dan orang yang mendengarnya akan menyebarkan pada tetamu lain.

Gunakan trick website perkahwinan

Masih risaukan jika tetamu masih keliru dengan perubahan tersebut? Jangan risau! Selain memberitahu tentang kisah “Bagaimana Mereka Berjumpa” dan menjelaskan lokasi anda, salah satu ‘feature’ di website adalah  dengan menghantar email pada tetamu anda. Tekan butang “ShareYourSite” di dashboard website perkahwinan. Anda akan melihat email contact dari pelbagai daerah.

Anda boleh gunakannya untuk berkomunikasi dengan tetamu anda. Tekan “add contacts” kemudianm”guest list” dan periksa box yang bertanda “guests with contact info.” Anda boleh memilih untuk menghantar satu persatu atau sekaligus. Kemudian, letakkan email subject – ayat seperti ini “Jadual Perkahwinan Kami Yang Dikemaskini Pada Saat Akhir!” dan tulis mesej tentang perubahan. Mudah sahaja! Andajuga boleh berikan tugas ini kepada salah satu bridesmaids atau ibubapa anda jika anda terlalu sibuk.

Perkara indah tentang rancangan adalah ia menuju pada perubahan saat akhir. Adakah ia terlalu banyak? Ikuti plan komukasi dan beritahu tentang senario plan B anda. Terdapat kesesakan pada jalan untuk menuju ke destinasi? Hantarkan email anda! Terdapat kecemasan? Sementara kami berharap tiada apa yang berlaku pada hari tersebut tetapi bukankah lebih baik sediakan paying sebelum hujan?

Artikel ini dipetik dari TheKnot

Bagaimana Untuk Membina Plan Komunikasi Perkahwinan was last modified: June 16th, 2017 by nabila