Sedar tak sedar hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Syawal menjelma. Pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya Aidilfitri merupakan satu budaya rakyat Malaysia setiap kali tiba musim perayaan. Untuk suami isteri yang masih belum decide nak balik beraya mana tahun ni, jangan risau!
Tak perlu bergaduh pun sebenarnya nak decide pulang beraya di kampung siapa. Untuk memudahkan anda dan pasangan, anda boleh mengambil kira faktor-faktor dibawah untuk buat keputusan nak beraya di mana:
-
Faktor jarak perjalanan
Kalau suami isteri berasal dari negeri yang berbeza, adalah wajar untuk anda utamakan kampung pasangan yang lebih jauh dengan tempat tinggal kita dahulu. Sebab kebiasaannya, kita akan jarang-jarang dapat menziarahi kampung pasangan yang jauh pada hari biasa.
Jadi, adalah lebih baik untuk anda dan pasangan mencapai kata putus untuk pulang beraya ke kampung yang lebih jauh dahulu, kemudian baru sambut Raya di kampung yang lebih dekat.
Dapatkan pakej perkahwinan menarik DI SINI!
2. Faktor keselesaan pasangan
Misal kata anda dan pasangan tinggal dengan keluarga suami, maka eloklah untuk anda berdua susun strategi untuk pulang beraya di kampung isteri. Selain dapat menggembirakan hati isteri, isteri anda juga pasti akan lebih selesa dan memahami untuk kekal tinggal bersama mertua.
3. Kesihatan ibu bapa
Kesihatan ibu bapa di kampung juga harus dititikberatkan. Jika ibu bapa pasangan anda sedang berada dalam masalah kesihatan yang kritikal, wajar untuk anda pulang ke kampung dan menyambut Aidilfitri bersama mereka. Selalunya ibu bapa yang kurang sihat akan berasa lebih gembira dan ceria dengan kehadiran anak-anak dan cucu tersayang.
3. Adik-beradik lain
Sebelum anda buat keputusan untuk beraya di mana, anda juga boleh tanyakan adik-beradik anda mengenai perancangan pulang beraya mereka. Jika ramai adik-beradik anda bakal pulang menyambut hari raya di kampung mertua, ada baiknya kita beraya di rumah ibu bapa kita terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya tidaklah sunyi sangat ibu bapa kita nanti.
Hari raya Aidilfitri merupakan hari yang mulia dan bahagia. Masing-masing ada hujah sendiri untuk pulang ke kampung sendiri dahulu, tapi jangan la sebab perkara yang kecil je anda suami isteri nak bermasam muka. Gunakan peluang ini untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga.
Dapatkan lebih banyak tips perkahwinan di story.wedding.com.my!