Baru-baru ini dikhabarkan dengan majlis perkahwinan Sufian dan Elfira Loy bakal berlangsung pada Oktober, Harian Metro mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi tarikh belum ditetapkan lagi.
“Cuma buat masa sekarang belum ada sebarang perbincangan lanjut mengenai majlis perkahwinan. InsyaAllah jika sudah ada ketetapan kami pasti berkongsi kepada semua,” katanya kepada Harian Metro.
Sufian yang juga penyanyi lagu Terakhir berkata dia bersyukur apabila hubungannya dengan Elfira sejak empat bulan lalu direstui keluarga masing-masing.
Baca: MELALUI PERKAHWINAN DAPATKAN RM 1000 DENGAN MUDAH
“Memandangkan kedua belah keluarga merestui hubungan ini, saya berasa sudah sampai waktu untuk kami membawa hubungan ini ke satu tahap lagi,” katanya.
Ditanya adakah majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung tahun ini, Sufian menafikannya.
“Belum ada sebarang tarikh ditetapkan lagi,” katanya ringkas.
Elfira Loy juga tidak menolak dia dan Sufian juga akan mengadakan majlis pertunangan terlebih dahulu sebelum bernikah.
Sebelum ini Elfira menerima 23 kuntum bunga ros sempena sambutan hari lahirnya yang ke-23 pada Mac lalu.
Elfira kemudian membalas dengan mengajak Sufian menaiki helikopter sebagai kejutan sempena hari lahir penyanyi itu pada Mei lalu.
Untuk keterangan lebih lanjut tentang perkahwinan sila layari, www.wedding.com.my