Cerita Perkahwinan

3 Tips Penting Untuk ‘Lari’ Daripada Ibu Bapa Bila Timbul Soal Kahwin

Rasanya macam dah jadi satu budaya dekat Malaysia ni kalau si dara mahupun teruna yang umur sudah masuk 20-an, mula lah mak ayah, makcik pakcik bawang bising tanya hal kahwin. Kadang-kadang rasa rimas kan? Takkan nak marah mak ayah sendiri kot.

Anda boleh cuba 3 tips dekat bawah ni supaya mak ayah kurang bertanya hal kahwin ni:

1. Duduk berbincang dengan mereka.

Bila awak dah rasa rimas sangat dengan soalan-soalan ibu bapa awak pasal kahwin, cari satu masa yang sesuai dan luahkan apa yang awak rasa. Beritahu mereka yang anda bukan tidak bersedia untuk berkahwin lagi, tapi ada banyak lagi perkara lain yang anda nak fokus.

Untuk anda yang dah ada calon pasangan, jelaskan dekat mak ayah perancangan awak berdua. Beritahu mereka yang anda berdua gembira je dengan keadaan sekarang dan jika awak dan pasangan dah bersedia untuk ke peringkat seterusnya, ibu bapa yang akan jadi orang pertama tahu hal ini.

Bestnya barang perkahwinan di wedding.com.my ni!

2. Twist topik perbualan.

Kadang-kadang tengah borak pasal benda lain dah gelak ketawa semua, sekali mak cakap pasal kahwin.

Haa, awak tu bila lagi. Mak tunggu je ni nak prepare kalau ada yang datang nak meminang cuti raya ni.

Hmm, mak ni. Kita baru je gelak ketawa pasal cerita lain, tiba-tiba masuk topik ni. Macam spoil mood sikit kan? Sabar, jangan terus melenting atau cakap benda bukan bukan yang boleh sakitkan hati mak!

Apa yang awak boleh buat ialah, twist perbualan tersebut kepada tajuk yang lain. Ubah perhatian mereka. Contohnya,

Apa kata kita prepare list makanan kita nak masak untuk raya nanti?

Kadang-kadang bila kita dah tukar topik tu, mak ayah kita dah faham yang anaknya taknak cakap hal ni.

3. Tak usah pendam lagi.

Ni macam last resort la. Cakap je dengan mak ayah awak yang awak tak selesa bila timbul topik kahwin. Dengan bahasa dan nada yang elok, beritahu mak ayah yang awak rasa agak rimas apabila mereka sering bertanyakan hal kahwin. Jelaskan pada mereka yang kalau awak dah bersedia atau sudah mempunyai calon yang sesuai, awak sendiri akan beritahu mak ayah.

INGAT, gunakan bahasa dan nada yang sesuai. Jangan sampai ibu bapa kita kecil hati pulak. Mak ayah kita mesti faham nanti yang anaknya tak gemar untuk bercakap hal ni.

Harus diingatkan, ibu bapa yang selalu tanya hal kahwin dekat kita ni bukannya apa. Mereka kan semakin tua, jadi rindu dengan budak-budak. Tak sabar nak ada cucu, rindu tengok telatah budak-budak dalam rumah. Dalam masa yang sama, mereka risaukan anak mereka – takut mereka pergi dulu, nanti entah siapa yang bakal jaga anak mereka hingga ke tua nanti.

Bestnya barang perkahwinan di wedding.com.my ni!

3 Tips Penting Untuk ‘Lari’ Daripada Ibu Bapa Bila Timbul Soal Kahwin was last modified: October 25th, 2018 by Fairuzal Aula