Sebenarnya, memang banyak mitos-mitos tentang pengapit, tapi di setiap perkahwinan, mesti ada satu moment yang indah untuk disimpan seperti mana yang diceritakan di movie-movie. Pengapit adalah selalunya terdiri daripada keluarga pengantin atau juga kawan-kawan yang rapat, yang akan enjoy dan rela hati untuk menghulurkan bantuan pada majlis anda tanpa nak buat drama sinetron. Peranan pengapit sebenarnya sangat besar, sebab pengapit juga akan bagi nasihat di waktu kritikal dan juga tempat pengantin untuk menupang sedih dan bahagia menjelang hari pernikahan.
Siapa yang patut jadi pengapit anda?
Kebanyakkannya, bakal pengantin dah tahu siapa yang mereka nak pilih untuk menjadi pengapit mereka dan sesetengahnya tidak. Lagi-lagi kalau yang suka plan hal perihal kahwin ni last-minute. Tapi, siapakah yang patut menjadi pengapit anda? Setelah membuat survey, orang yang patut menjadi pengapit anda adalah kawan-kawan rapat, keluarga atau ada juga yang pilih bakal adik ipar untuk jadi pengapit. Itu boleh juga merapatkan silaturahim antara pengantin dengan keluarga belah suami.
Apa yang anda patut harapkan daripada pengapit
Ada banyak salah faham tentang tanggungjawab seorang pengapit. Selain daripada persiapan baju, kasut, perhiasan, mereka juga akan mengurangkan beban pengantin dalam hal perkahwinan, masjlis, sampai tepat waktu pada hari perkahwinan, memastikan segala persiapan perkahwinan berjalan lancar dan juga nasihat kan pengantin apa yang patut pada waktu-waktu akhir sebelum pernikahan dan juga pada waktu majlis berlangsung.
Bila anda tanya kawan atau ahli keluar jikalau mereka sudi untuk menjadi prngapit anda, berikan mereka masa untuk memutuskan keputusan kalau mereka boleh commit untuk menjadi pengapit anda. Jikalau mereka tak boleh, jangan bersangka buruk, ia mungkin disebabkan oleh masalah kewangan ataupun masa.
Pakaian untuk pengapit
Ingat senang pengapit nak bergaya? Kalau terlebih bergaya takut tenggelamkan pengantin dan kalau terlalu ringkas, takut kalau ia terlalu simple dan tidak sesuai dengan majlis. So, ikut tips ini. Pengapit patut pilih warna yang lebih kurang sama tetapi lebih lembut dari pengantin dan tema baju haruslah sama. Sebagai contoh, jikalau pengantin memperagakan pakaian pengantin tradisional, pengaput haruslah memilih pakaian tradisional juga. Ia akan menampakkan chemistry yang sepadan antara pengapit dan pengantin.
Peranan pengapit yang paling penting
Komitment sebagai seorang pengaput adalah sangat besar. Bukan sahaja menjadi tulang belakang pengantik 24 jam, mereka juga bermaksud keberadaan pengapit sepanjang perjalanan ke hari perkahwinan adalah penting. Yang paling penting, pengapit boleh batalkan tanggungjawab sebagai pengapit hanga dengan sebab-sebab yang berat seperti sakit dan juga masalah keluarga yang mustahak.
Akhir sekali, apa-apapun, yang paling penting untuk pengantin, keluarga pengantin dan juga pengapit, kena enjoy dan nikmati moment-moment indah ini bersama orang-ornag tersayang.