Cerita Perkahwinan

Bulan Madu: 4 perkara untuk dielak!

bulan madu dari www.easyweddings.com.au

bulan madu dari www.easyweddings.com.au

Selepas dah pening fikirkan pasal majlis perkahwinan, next thing yang pasangan pengantin nanti-nantikan ialah BULAN MADU! Ni lah saat untuk bersama dan saat paling indah untuk pasangan mempelai. Tempat yang selalu menjadi pilihan mesti pantai atau pun ke luar negara.

Tapi, banyak pasangan lupa untuk fikirkan apa yang patut dielakkan sebab dah excited nak pegi bulan madu. So, wedding.com.my sentiasa membantu dan mengurangkan pening kepala bakal-bakal pengantin yang memang dah sedia kala stress tu.

Jangan terpedaya dengan juru gambar

Memanglah itu dah menjadi kerja para-para juru gambar nak bagi anda jatuh cinta dan berangan untuk pergi bulan madu di kawasan-kawasan yang nampak cantik tu. Tapi, dengan hanya berbekalkan gambar yang penuh dengan “edit photoshop’ tu, anda perlulah juga buat research dengan periksa review-review daripada travel expert dan juga dari orang-orang yang pernah ke tempat itu. Jangan lupa juga untuk berhubung dan beli ticket daripada agen yang boleh dipercayai.

bulan madu dari www.easyweddings.com.au

Jangan rancang bulan madu anda sendiri!

Anda mungkin rasa bila dan decide nak berkahwin, “wavelength” anda dan pasangan dah habis perfect. Tapi untuk bulan madu, lebih baik kalau anda decide untuk “stress-free” dan bincang destinasi ini secara terbuka dengan pasangan dan jangan ambil risiko untuk bagi kejutan. Nanti anda sendiri yang terkejut sebab pasangan anda berubah menjadi monster bial mereka tidak sukakan destinasi pilihan anda.

bulan madu dari www.easyweddings.com.au

Tergesa-gesa pergi bulan madu selepas berkahwin

Excited nak berdua-dua untuk bulan madu anda menang tidak boleh disangkal lagi. Tapi, berdasarkan expert, adalah lebih bagus kalau anda berlepas untuk bulan madu 1-2 hari selepas selesai hati perkahwinan anda. Sebabnya? Ini adalah untuk hilangkan stress, penat anda dari hari bersanding yang kena melayan tetamu dan keluarga. Tambah lagi stress kalau harus  rushing untuk mengikut masa bulan madu anda. Bagusnya, tinggalkan semua stress dan pergi berbulan madu dengan bahagianya.

 

bulan madu dari www.easyweddings.com.au

Rancang aktiviti terlalu padat

Disebabkan nak mencuba dan pergi ke semua tempat bersama pasangan, anda rancang aktiviti terlampau padat sampai penat dan hilang tenaga. Ini adalah langkah yang paling salah.

 

Jadi, kepada bakal pengantin, jangan lupa tips ini dan jangan lupa enjoy honeymoon anda!

Bulan Madu: 4 perkara untuk dielak! was last modified: June 9th, 2017 by aisyah