Cerita Perkahwinan

Cara-Cara Memberi Tip Kepada Vendor Majlis

THE CHAPTER of IB GHANI

THE CHAPTER of IB GHANI

Dengan perbelanjaan perkahwinan yang banyak, tip boleh menambahkan lagi perbelanjaan. Di bawah adalah senarai bila, bagaimana, dan apa tip yang patut diberi kepada pakar majlis perkahwinan anda.

Walaupun tip bukanlah perkara yang anda mesti lakukan, namun memberi tip adalah sangat dihargai.

Sesetengah vendor akan mengharapkan tip, dan ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

Secara tradisional, pemilik syarikat besar tidak patut menerima tip – hanya pekerja mereka – dan anda patut dan boleh memberi tip kepada pemilik syarikat jika servis yang diberi melangkau jangkaan anda. Perniagaan kecil juga boleh diberi tip, memandangkan selalunya perniagaan ini dijalankan oleh seorang individu.

Beri tip kepada vendor yang menawarkan servis luar biasa, tulis nota terima kasih (selalu dihargai).

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

Perancang Perkahwinan

Perancang perkahwinan selalunya tidak mengharapkan tip, tapi jika perancang perkahwinan anda telah melakukan tugas yang memuaskan, anda boleh menawarkan tip sebagai tanda penghargaan. (Nota: Tip tidak semestinya dalam bentuk wang, anda boleh berikan salinan gambar perkahwinan anda untuk portfolio perancang perkahwinan anda).

Protokol:
Tergantung kepada anda

Jumlah Standard:
10 – 20 peratus, atau hadiah istimewa

Bila untuk Beri Tip:
Berikan sampul di akhir majlis resepsi atau hantarkan nota terima kasih bersama gambar, atau cek selepas bulan madu.

Juru Mekap dan Penggaya Rambut

Mereka adalah salah satu vendor yang mengharapkan tip. Tip antara 15 ke 25 peratus, dan pertimbangkan untuk beri tip lebih jika terdapat krisis, seperti salah seorang bridesmaid anda terpaksa gayakan rambutnya sekali lagi di saat terakhir.

Protokol:
Dijangka

Jumlah Standard:
15 – 25 peratus, tergantung kepada kualiti servis

Bila Untuk Beri Tip:
Berikan selepas anda selesai digayakan.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

Penghantaran dan Penyediaan

Selitkan beberapa ringgit kepada sesiapa yang menghantar barang penting ke lokasi majlis seperti kek perkahwinan, bunga, dan PA system. Jika banyak peralatan yang memerlukan bantuan mereka untuk dipasang (khemah, kerusi, dan lain-lain), pekerja itu patut diberi tip.

Protokol:
Dijangka

Jumlah Standard:
RM5 – RM10 seorang

Bila Untuk Beri Tip:
Berikan sampul sehari sebelum majlis kepada pengurus catering.

Majlis Perkahwinan Rasmi / Lokasi Pernikahan

Jika anda bernikah di masjid/gereja, lebih baik untuk anda berikan derma kepada institusi berikut.

Protokol:
Dijangka (bergantung kepada masjid/gereja)

Jumlah Standard:
Derma RM100 – RM500 kepada gereja/masjid.

Bila Untuk Beri Tip:
Kebanyakan bayaran dibuat sebelum majlis.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

Pemuzik Majlis Perkahwinan

Jika pemuzik atau persembahan yang diberikan melangkaui jangkaan anda, anda boleh berikan tip untuk berterima kasih kepada bakat mereka.

Protokol:
Tergantung kepada anda

Jumlah Standard:
RM10 – RM20 seorang

Bila Untuk Beri Tip:
Pemuzik patut terima tip di akhir majlis.

Juru Gambar dan Juru Video

Anda tidak digalakkan untuk memberi mereka wang yang melebihi bayaran yang telah disetujui. Tapi jika juru gambar anda bukan pemilik studio, anda boleh berikan tip kepada mereka.

Protokol:
Tergantung kepada anda

Jumlah Standard:
RM20 – RM50 seorang

Bila Untuk Beri Tip:
Berikan mereka tip di akhir majlis.

Inginkan perkahwinan yang sempurna? Klik di sini

Artikel dipetik daripada The Knot.
Gambar diambil daripada Wedding Spot.

Cara-Cara Memberi Tip Kepada Vendor Majlis was last modified: July 20th, 2017 by aisyah