Untuk baca artikel ini versi bahasa inggeris, klik disini
Perkahwinan Feiping Chang yang berlangsung dengan ekstravaganza menelan belanja BERJUTA dolar hanya untuk 3 hari – vila bersejarah dibaik pulih untuk menuju ke gerbang perkahwinan dengan rekaan istimewa Giambattista Valli.
- Fesyen blogger, Feiping Chang berkahwin dengan ahli kewangan Lincoln Li di Capri
- Kerajaan Itali benarkan mereka melangsungkan perkahwinan di Vila Lysis setelah mereka membaik pulih vila tersebut
- Permulaan majlis perkahwinan Feiping Chang dimulakan dengan makan malam bertemakan lemon dan sarapan bertemakan pantai
- Tetamu dihidangkan dengan makanan Itali diikuti dengan ruang makanan pencuci mulut
- Semua orang menerima beg cenderhati yang bersulam dengan nama mereka
Anda mungkin pernah menghadiri beberapa majlis perkahwinan yang mewah pada musim panas ini, tetapi masih tidak ada yang boleh tandingi majlis perkahwinan Feiping Chang dan pasangannya ahli kewangan, Lincoln Li.
Majlis perkahwinan Feiping Chang yang gilang-gemilang ini berlangsung selama tiga hari di Capri pada bulan lalu, dianggarkan bernilai berjuta-juta, butiran majlis berkenaan semakin diperkatakan sejak Hong Kong Tatler mengeluarkan kenyataan yang lengkap.
Bekas jurubank pelaburan Fei, nama panggilan bagi rakannya, memperagakan gaun bertingkat yang direka khas oleh Giambattista Valli, juga merupakan rekaan terbesar yang pernah dibuat oleh pereka tersebut.
“Seingat saya, saya sering menginginkan Giamba untuk mereka gaun pada majlis saya, kerana rekaan beliau direka dengan sangat terperinci bagai gaun yang diimpikan dan lebih daripada itu.” kata Fei kepada Tatler. ‘Pakaian akhir pasti melebihi jangkaan saya yang paling mengejutkan, ia adalah gaun terbesar yang pernah mereka buat.’
Baca artikel : TIPS UNTUK MERANCANG MENU MAKANAN YANG MENAKJUBKAN
Pasangan itu berkahwin di tebing puncak Villa Lysis – dimana kerajaan Itali telah memberi kebenaran untuk majlis perkahwinan Feiping Chang pertama kalinya selepas pasangan itu bersetuju untuk membaikinya.
Pasangan itu juga telah membina sebuah jambatan untuk menghubungkan dari bawah hingga ke bahagian atas vila dimana tempat mereka melakukan pertukaran perjanjian, dan sebaik tetamu berjalan ke bukit vila tersebut, pasangan itu telah menukar nama beberapa tanda jalan dan restoran ke ‘Fei Lincoln’ untuk mengejutkan tetamu yang menghadiri perkahwinan Feiping Chang.
Majlis perkahwinan Feiping Chang itu bermula dengan makan malam di restoran yang terkenal Da Paolino, yang dipenuhi dengan pokok lemon, pengantin perempuan memakai gaun bercorak lemon oleh pereka Hong Kong Moiselle.
Pada hari kedua, para tetamu berehat sepanjang hari dan menjamu makan tengahari di La Conca del Sogno, kelab pantai kegemaran pengantin, pada hari kejadian, pengantin wanita dilihat menggayakan dua pasang dari Dolce & Gabbana.
Tetamu mereka seramai 150 orang dihidangkan dengan tiga hidangan Itali sebelum ke bilik pencuci mulut di vila tersebut, chef tersebut membuat kek perkahwinan tradisional millefoglie Itali yang diliputi buah strawberi selama 45 minit pada ketika itu.
Satu pakaian sudah tentu tidak akan cukup, pengantin perempuan menukar pesona ringkas berwarna putih juga rekaan dari Giambattista Valli.
Semua tetamu menerima beg cenderhati yang bersulam dengan nama mereka.
Pasangan itu bertemu di sebuah parti di Burma dan Lincoln melamar Fei di New Zealand dengan melakonkan semula aksi bot dalam drama kegemaran Fei iaitu The Notebook.
Sememangnya perkahwinan Feiping Chang ini adalah idaman semua para gadis di luar sana. Semuanya dirancang dengan teliti dari pakaian, makanan, lokasi, malah para tetamu juga diambil berat. Wah seronok bukan! Jika anda mempunyai cadangan atau perkahwinan idaman yang lebih menarik kongsikan kepada kami di www.wedding.com.my !