Ada oghang Aloq Setaq ka Kokdiang ka sini? Ka hampa anak mami Penang?
Haa buat pasangan dari utagha yang bakal melangsungkan perkahwinan, takyah pening lagi nak cari tempat yang sesuai untuk photoshoot. Sapa kata takdak tempat best nak photoshoot? Banyak je okay dekat utara sana. Cantik dan close to nature lagi!
Cakap ja hampa nak macam mana, semua boleh aih!
Idea Tempat Menarik untuk Photoshoot di Kedah, Pulau Pinang & Perak
Terap Pine Forest di Kulim, Kedah
Sumber: Facebook @TerapPineForest
Sekali tengok memang best! Kalau di Indonesia, anda pasti akan ke Pine Forest @ Hutan Pinus yang terletak di Yogyakarta, tapi kat Malaysia, tak perlu pergi jauh pun. Dekat Kulim ja tempat ni – Terap Pine Forest nama dia.
Suasana alam semulajadi di Pine Forest ni akan membuatkan anda rasa tenang dan nyaman. Terap Pine Forest telah mencecah usia lebih 50 tahun, namun ianya baru sahaja dibangunkan sebagai kawasan riadah beberapa tahun yang lalu. Ditambah dengan pemandangannya yang cantik, hutan yang kaya dengan pokok pine ini juga sangat menenangkan.
Kawasan ini semakin menjadi tarikan di utara tanah air untuk sesi bergambar terutamanya untuk pasangan pengantin.
BACA: Pakej pre-wedding photoshoot terbaik di Bukit Gambang Resort City
Tropical Spice Garden, Pulau Pinang
Taman yang penuh dengan flora dan fauna ini terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Landskapnya yang cantik dengan tumbuhan hijau akan memberi kesan gambar yang memukau untuk pasangan pengantin. Sambil anda ber-photoshoot, anda juga boleh belajar mengenai tanaman herba dan ubat-ubatan tradisional yang ada melalui audioguide yang disediakan.
Tropical Spice Garden juga ada menyediakan tempat untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Kalau anda inginkan garden wedding dan ada bajet yang cukup, boleh la anda risik bakal pasangan untuk langsungkan majlis perkahwinan disini.
Mesti bertambah seri gambaq hampa hat anak mami dekat sini 😉
Tasik Cermin, Ipoh, Perak
Tasik yang amat cantik ini sebenarnya agak terselindung dan tersembunyi dari dunia luar. Tak dinafikan yang jalan nak ke Tasik Cermin agak mencabar kerana ia dikelilingi dan dilindungi oleh bukit-bukau di Ipoh. TAPI perjalanan yang mencabar itu akan disambut oleh pemandangan yang memukau.
Tasik ini dipanggil Tasik Cermin kerana bayangan landskap di tasik itu seolah-olah bertindak sebagai cermin yang memantul keindahan alam semulajadi di sekelilingnya.
Yang kat utara tu, dah tak perlu cemburu sangat kalau nak photoshoot tema ala Eropah dekat Colmar Tropicale ke, dekat Putrajaya ke. Ada je tempat-tempat best berdekatan anda. Haa dah boleh la fikirkan tempat mana yang sesuai dan kena dengan tema anda untuk majlis perkahwinan anda nanti!
Dapatkan pakej photoshoot dan perkahwinan yang paling BEST disini!