Cerita Perkahwinan

Soalan yang tak patut ditanya kepada pengantin baru

Arrange marriage by www.easyweddings.com.au

Arrange marriage by www.easyweddings.com.au

Bila anda ula hebohkan pasal perkahwinan anda pada semua, keluarga besar dan juga kawan-kawan yang lain, persoalan pasal hari perkahwinan anda sentiasa akan menjadi topik hangat. Jangan risau, masalah belum berakhir untuk anda. Selepas melangsungkan perkahwinan, lain pulak tahap dan gaya soalannya. Stress dibuatnya, makcik-makcik, saudara, dan kwan-kawan anda harus tahu soalan-soalan yang paling tak patut di tanya kalau nak selamat (dari bahana pengantin baru).

Soalan hangat 1: Best sangat ke bulan madu??

Memanglah ianya bukan masalah besar. Tapi bila soalan itu datang sekali dengan pakej kenyit-kenyit mata, senyum terhengeh-hengeh, kita pun fahamlah maksud tersirat sebenar. Boleh tu memang boleh, tapi ikut situasi dan tahan keakraban anda jugak.

Soalan hangat 2: Bila nak anak atau tak berisi lagi ke??

Soalan macam ni paling buat orang membarakan? Dulu masa study, soalannya, bila nak habis study. Lepas dah habis study, bila nak kerja dan bila dah kerja, soalan berubah menjadi “bila nak kahwin” dan so on.. Bukan semua orang mudah untuk mengandung dan zuriat itu datang dari Allah. Siapalah kita nak mempersoalkan kejadiannya.

Soalan hangat 3: Dah belajar masak??

Soalan jenis ini pula, sebenarnya dah bagi pressure dari sebelum kahwin lagi. Sebelum nak jumpa mak mertua, kita mesti dah dapat pressure kalau tak tahu masak. Anyhow, memanglah bagus untuk isteri tahu tanggungjawab untuk menjaga suami dan anak-anak. Tapi hanya tekankan pasal masakan kepada pengantin baru adalah sangat tak patut. Dan kepada mengantin baru, anda pun harusnya belajar step-by-step lama-lama pandailah tu, yang oenting berani mencuba dn rajin.

 

Kepada bakal pengantin atau pengantin baru, kalau anda nak share artikel ini untuk pengajaran kawan-kawan dan makcik-makcik anda, silakan!

 

 

Soalan yang tak patut ditanya kepada pengantin baru was last modified: June 7th, 2017 by aisyah