Cerita Perkahwinan

Indah, manis & menawan Majlis Perkahwinan anak Ziela Jalil, Puteri Julia Nabilah

julia nabilah

Bijak, cantik, lawa, manis, semua lah! Haa sampai taktau nak describe macam mana indahnya majlis perkahwinan puteri sulung kepada pelakon, Datuk Ziela Jalil. Dr Puteri Julia Nabilah binti Tan Sri Megat Junid selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Dr Dziya Faqhran bin Dato’ Mahmod Fauzi pada 1 Julai lalu.

Tak perlu kenal lama jika dia memang ditakdirkan jodoh kita.

Katanya pasangan ini hanya berkenalan selama lebih kurang empat bulan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Ibu Julia sebenarnya agak memilih dalam bab dengan siapa Julia berkawan. Tapi naluri hati seorang ibu kuat mengatakan yang Dr Dziya adalah calon terbaik untuk puteri kesayangannya.

Tidak mudah melepaskan Julia sebab saya sangat ‘over protective’. Dulu kalau ada kekasih saja, mana yang tak okey awal-awal lagi saya sudah pangkah. Saya takut cita-cita dia nak jadi doktor tak kesampaian kalau salah pilih kawan mahupun kekasih. Alhamdulillah, saya ada perasan yang kuat terhadap Dziya yang mana akan beri kasih sayang atau lebih seperti yang saya pernah berikan kepada Julia

ujar ibu Puteri Julia, Datuk Ziela Jalil.

Dinikahkan adik sendiri, Megat Jufri Nasrullah

Lebih istimewa, Puteri Julia Nabilah sah menjadi isteri kepada Dr Dziya apabila dinikahkan adiknya sendiri. Tenang je tengok adik lelakinya menjalankan tanggungjawab yang ‘ditinggalkan’ arwah ayah mereka, Tan Sri Megat Junid yang meninggal dunia 10 tahun lalu.

 

 

Semua tetamu terpaku pada masjlis resepsi mereka yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Puteri Julia Nabilah kelihatan sangat anggun dan cantik menggayakan persalinan rona putih rekaan Nurita Harith. Orangnya memang dah cantik, dan bertambah cantik apabila dirias makeup artis tersohor, Saidatulnisa Aminuddin.

Selain terpesona dengan persalinan nikahnya, inai dijari manis Puteri Julia juga menjadi perhatian ramai. Inai tangan bertatah batuan manik dilukis oleh henna artis yang terkenal @sheemahenna. Tengoklah betapa ayu dan cantiknya dia!

Itu baru majlis nikah dan resepsi sebelah pengantin perempuan tau. Untuk majlis resepsi sebelah si suami pula, pasangan pengantin sama cantik itu kelihatan menawan dengan gaun rekaan designer tersohor, Rizman Ruzaini. Persalinan pengantin yang bertemakan songket kuning diraja tampak eksklusif dan mewah dalam majlis yang berlangsung dengan gilang-gemilang di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Pasangan pengantin itu turut menggayakan satu lagi gaun pengantin rekaan Rizman Ruzaini – gaun putih yang dihias cantik hanya untuk si jelita Puteri Julia Nabilah.

Make up yang on point, inai ditangan yang dihias cantik, set persalinan pengantin yang menjadi idaman pasangan lain. Cantik sangat majlis mereka berdua ni! Rata-rata orang ramai masih tak boleh move on dengan majlis perkahwinan anak kesayangan pelakon Datuk Ziela Jalil. Semoga perkahwinan mereka dirahmati dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Dapatkan gaun pengantin idaman anda hanya di wedding.com.my!

Indah, manis & menawan Majlis Perkahwinan anak Ziela Jalil, Puteri Julia Nabilah was last modified: July 20th, 2018 by Fairuzal Aula