Cerita Perkahwinan

Perkahwinan Diraja Tunku Aminah dan Dennis Abdullah

tunku aminah

Untuk membaca artikel versi bahasa Inggeris, klik disini.

Majlis Perkahwinan Tunku Puteri Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, iaitu Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dengan Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos di Istana Besar.

Tunku Aminah dan Dennis Abdullah, sumber daripada RPO

Majlis pertunangan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat berlangsung di Istana Bukit Serene pada jam 10 pagi, Isnin, diikuti istiadat akad nikah. Ibu bapa pengantin lelaki, Martin dan Henriette Verbaas, adik-beradik dan sahabat terdekat pengantin lelaki dari Netherlands turut bertandang ke majlis tersebut.

Tetamu dari kalangan kerabat Diraja dan orang kenamaan telah dihadkan untuk Istiadat Persandingan Diraja di Bilik Singgahsana, Istana Besar.  Orang ramai juga boleh mengikuti majlis perkahwinan diraja itu secara langsung menerusi dua skrin LED khas yang akan didirikan di Dataran Bandaraya bermula jam 8 malam dan satu lagi skrin dipasang di bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

BACA: MEMILIH WARNA PERKAHWINAN ANDA

BACA: 10 KESILAPAN PERANCANGAN PERKAHWINAN YANG PALING BIASA

Upacara tersebut berlangsung penuh tradisi dan adat istana Johor, dengan pengantin perempuan memakai Baju Kurung Teluk Belanga tradisional dan pengantin lelaki memakai Baju Melayu Teluk Belanga. Baju Kurung Teluk Belanga diperkenalkan pada lewat kurun ke 19 semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, tidak mempunyai kolar dan garis leher dijahit dengan gaya yang dikenali sebagai ‘tulang belut’. Baju ini adalah pakaian rasmi Johor, namanya turut diambil dari pulau di Singapura, yang dulunya Ibu negeri bagi Johor.

Cincin yang disarungkan oleh ibu kepada Dennis Abdullah, sumber daripada RPO

Oleh kerana perbezaan budaya, Dennis turut mengikut adat negeri Johor dengan memberi mas kahwin sebanyak RM22.50.  Mas kahwin adalah simbol permulaan tanggungjawab seorang suami kepada isteri. Nilai mas kahwin tak penting, yang penting hati yang ikhlas. Bagi Dennis, Tunku Aminah adalah sangat tak ternilai. Hantaran yang diberikan termasuklah sebuah Al-Quran, sejadah, sebentuk cincin emas, satu set pakaian traditional melayu Johor, sirih junjung, sebiji kek, halwa maskat dan bunga rampai.

Majlis Doa Selamat dan bacaan Yasin akan berlangsung malam ini di Masjid Pasir Pelangi dengan dihadiri keluarga Diraja Johor dan tetamu jemputan.

Majlis Khatam Al-Quran Tunku Aminah, sumber daripada RPO

Malah, pada hari Ahad, 13 Ogos, Tunku Aminah telah menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran di Istana Besar. Majlis khatam berkenaan diiringi guru agama Tunku Aminah, Raimah Kemat, yang turut membacakan doa pada akhir majlis.

Majlis yang penuh dengan adat istiadat negeri Johor ini sangat ringkas dan ramai dikalangan wanita mengimpikan pakaian dan majlis seringkas ini. Cinta memang tak pernah mengenal apa dan siapa. Selamat Pengantin Baru Tunku Puteri Johor, semoga kekal bahagia ke anak cucu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau perlukan perancang perkahwinan, sila layari www.wedding.com.my.

 

 

Perkahwinan Diraja Tunku Aminah dan Dennis Abdullah was last modified: August 15th, 2017 by syahidayazid