Disini terdapat beberapa peringatan berguna untuk 8 perkara yang anda tidak mahu tinggalkannya.
Anda merancang perkahwinan anda, dimana anda berkemungkinan terlupa akan beberapa perkara. (Ia dipanggil “wedding brain,’ dan kami memahaminya). Kerana itulah kami telah menyediakan beberapa perkara anda mungkin terlupa tentangnya. Ia bukanlah perkara penting, namun perkara ini akan memberi makna pada hari perkahwinan anda.
- ‘Pakaian Dalam’
Gaun anda mungkin sudah tersedia, tetapi anda tidak mengambil tahu tentang fesyen. Selain aksesori, anda juga mahu merancang apa yang perlu dipakai untuk pakaian dalam anda- tiada yang lebih teruk daripada tergesa-gesa pada saat akhir untuk mencari bra yang sesuai. Dan jangan lupa untuk membawa pakaian dalam anda pada ‘fitting’ terakhir bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
- Sentuhan Personal Untuk Menepati Citarasa anda
Sudah pasti anda boleh memilih napkin putih yang pihak perunding sediakan, tetapi ia lebih menarik jika ianya daripada pilihan anda. Cara mudah untuk menambah sentuhan terakhir anda pada waktu cocktail dengan napkin, gelas cocktail atau ‘letter sign’ pilihan anda. Buat ‘signature cocktail’ dengan menepati citarasa anda.
- Pakaian Untuk Persediaan Majlis
T-shirt bersaiz besar dan ‘sweatpants’ adalah pakaian yng sesuai pada hari-hari biasa, ianya juga tiada beza untuk hari tersebut. Jika anda mengambil gambar bersama pasangan anda semasa majlis persediaan, anda semestinya mahu kelihatan cantik. Gambar tersebut adalah gambar kesukaan kerana ia penuh dengan gelak ketawa, gambar candid, dan saat sentimental. Pilih pakaian yang selesa dan sesuai dan tidak akan merosakkan rambut dan makeup anda apabila anda menanggalkannya.
- Hiasan Meja Untuk Kek Anda
Kek Buttercream yang dihiasi dengan gula cascading berbentuk bunga sangat memukaukan-tetapi ianya masih belum sempurna. Akhiri persiapan meja anda dengan hiasan bunga segar, pemegang kek dan pisau. Untuk lebih istimewa, pahatkan tarikh perkahwinan anda pada pisau tersebut.
- Hadiah Untuk Ibubapa dan Mertua
Pada majlis perkahwinan anda, semunya tentang hadiah. Walaupun ianya cuma pada kad yang berisi kata-kata penghargaan dan kasih sayang, ianya akan menjadi kenangan yang indah.
- Layanan Baik
Pastikan anda menyediakan tandas secukupnya, tetapi sentuhan lain juga boleh membuatkan tetamu anda berasa gembira. Sediakan sebekas mints, pin, stain remover dan spray serangg (jika perkahwinan terbuka) dan semuanya akan berterima kasih pada anda.
- Aksesori Flower Girl
Jangan lupa aksesori yang cantik sebagai sentuhan terakhir. ‘Flower crown’, gelang atau kasut yang cantik sebagai hadiah kerana mereka telah membantu anda.
- Kit Kecemasan
Zip yang tersangkut, tumpahan wine-perkara ini boleh berlaku. Ia akan menjadi kucar kacir jika anda tidak menjangkakan perkara ini. Buatkan kit kecemasan yang dijaga oleh pembantu atau ibu anda semasa majlis. Simpan jarum dan benang (untuk memadankan warna gaun anda, stain remover, minyak wangi dan beberapa perkara lain.
Artikel ini dipetik dari TheKnot