Cerita Perkahwinan

Bagaimana (dan Bilakah) untuk Merancang Bulan Madu Anda

 

Tiada lagi perancangan pada saat akhir – ikuti langkah ini untuk merancang bulan madu anda.

Bulan madu adalah saat indah selepas perkahwinan anda. Tetapi jangan lupa, anda perlu merancangnya juga. Disini terdapat panduan untuk merancang pelancongan anda pada waktu yang tepat (bukan pada saat  akhir), jadi anda tidak perlu rasa tertekan.

6 Bulan Sebelum

Rancang Budget Anda

Mula mencari destinasi bulan madu bersama tuning anda. Kemanakah anda mahu pergi? Apa yang mahu dilakukan? Mula mencari lokasi secara online, berbincang dengan pihak pelancong dan bertanya pada rakan anda tentang idea.

Cari agen pelancong yang mahir dikawasan destinasi anda, aktiviti (hiking atau diving) atau pengangkutan.

Jika harga pelancongan anda sudah melebihi budget, cari cara lain untuk berjimat. Siasat lebih tentang destinasi dan pilihan untuk mendaftar bulan madu seperti HoneyFund atau Zola, yang memberi wang untuk pelancongan anda.

Cari hotel, periksa kekosongan dan “reserve” bilik tersebut.

Beli tiket, tempah tempat duduk, makanan dan periksa elaun untuk bagasi, terutama jika anda peluncur ski atau scuba. Jika anda berharap untuk membayar untuk trip atau lebih, beli atau pindahkan point (jika perlu) dan beli tiket dari pihak airline secepatnya.

Sewa kereta.

Jika anda melancong luar Negara- dan teruja- daftar untuk kelas bahasa asing atau download aplikasi bahasa di iTunes dan mula berlatih dirumah atau ditempat kerja.

Tanya pihak agensi atau layari site CDC Travelers’ Health untuk memeriksa jika terdapat vaksin yang diperlukan sebelum pergi ke destinasi tersebut. (Sesetengah program perlu mula awal.)

Tiga Bulan Sebelum

Dapatkan passports dan visa, jika perlu.

Daftar insuran perlancongan jika salah satu yang tertera berkaitan anda: salah seorang mempunyai masalah kesihatan; anda risaukan tentang keselamatan anda; atau keadaan yang mengancam waktu bulan madu anda. Cari insuran perlindungan yang boleh dibuat melalui kredit kad, travel agensi atau agensi lain; dapatkan perlindungan tambahan jika diperlukan.

2 Bulan Sebelum

Beli kamera (jika anda tidak mempunyainya dan mahukan gambar yang berkualiti) dan bagasi- atau daftar sebelum perkahwinan anda. Berlatih menggunakan kamera untuk memastikan ia berhasil.

Cari dan tempah ‘tour’, tiket teater, restoran dan aktiviti lain yang memerlukan tempahan-seawalnya jika anda melancong pada waktu yang sesak- melalui agensi atau pihak hotel.

Dapatkan lesen untuk scuba atau mula belajar untuk aktiviti yang anda akan lakukan pada bulan madu anda.

Sebulan Sebelum

Mula mengemas dan menyenaraikan pembelian.

Pastikan dengan semua tempahan.

Buat tempahan ‘kennel’ atau hubungi pihak berkenaan untuk memastikan kekosongan.

Tukar wang anda (atau sekurang-kurangnya cukup untuk menghantar anda ke hotel) pada wang lebih kecil untuk Negara yang anda lawati. Biasanya ia treletak dikaunter pertukaran atau ATM di airport, tetapi lebih baik mempunyai wang tunai.

Dua minggu sebelum

Ambil tiket kapal terbang dan voucher dari pihak agensi. Baca dan pastikan maklumat tersebut betul. Jika tidak, pihak agensi boleh membetulkannya.

Seminggu sebelum

Pastikan mail dihantar di pejabat semasa ketiadaan anda atau meminta jiran untuk mengambilnya.

Hentikan penghantaran surat khabar.

Buat 2 atau 3 set salinan passport, kredit kad, insuran, wasiat-apa-apa maklumat jika beg anda dicuri atau sesuatu terjadi. Berikan setiap set salinan kepadaibubapa dan/atau saudara atau rakan, satu set di bagasi dan selebihnya dirumah.

Download aplikasi panduan atau apa-apa yang membantu (seperti Guides dari Lonely Planet, Chefs Feed, Mint atau Tripscase).

Minta pada kedai dimana anda menempah barangan untuk menyimpannya, atau minta sesiapa untuk mengambilnya.

Susun baju untuk di simpan dan beli barang yang diperlukan. Download DUFL, yang boleh menyimpan, menghantar dan membersihkan barangan anda, jadi mereka akan menunggu di hotel atau rumah apabila anda sampai.

Pastikan anda mempunyai barangan tambahan: ubatan, pill alergik, ubat asma, kaca mata atau lens dan sebagainya. Bawa maklumat yang betul untuk mengelakkan pertanyaan pihak kastam.

Artikel ini dipetik dari TheKnot

Bagaimana (dan Bilakah) untuk Merancang Bulan Madu Anda was last modified: June 19th, 2017 by nabila