Cerita Perkahwinan

Budaya Atur Kahwin Sebenar!

Arrange marriage by www.easyweddings.com.au

Arrange marriage by www.easyweddings.com.au

Pada zaman moden ini, ramai orang masih juga mengamalkan budaka atur kahwin lebih-lebih lagi dari ahli keluarga, terutama sekali ibu-bapa. Selalunya, ia disebabkan oleh budaya masyarakat itu sendiri ataupun budaya kekeluargaan. Cerita yang kami akan ceritakan ini, adalah cerita-cerita sebenar dari negara india yang mungkin juga anda boleh relate kan cerita ini.

Perlukan agen kasta mencari jodoh

Cynth Chan, Quora Digest

Cynth Chan menjawab soalan daripada Quora Digest, memberi tahu tentang rakan karibnya yang menjadi “mangsa” kepada kahwin atur. Kawan Cynth yang bernama Mili (bukan nama sebenar) berumur 23 tahun, seorang pelajar jurusan pergigian dan single waktu itu. 23 tahun adalah umur yang paling ideal untuk berkahwin untuk masyarakat moden India. Jadi, dengan tidak tinggu lama lagi, ibu bapa Mili pun berusaha mengawinkan Mili dengan menngunakan perkhidmatan agen mencari jodoh. Ciri-ciri yang mereka cari ialah orang-orang dalam golongan doktor gigi atau doktor, seboleh-bolehnya dalam kas yang sama taraf atau lebih tinggi, dari kawasan yang sama dan berusia dari Mili. Setelah 9 bulan mencari dan berhubung melalui telefon, mereka benjumpa dengan lelaki itu di rumah Mili, lelaki yang berusia 30 tahun. Selepas itu, tarikh perkahwinan juga telah ditetapka, iaitu dalam masa 2-3 bulan dari tempoh itu.

Cynth Chan juga menyatakan bahawa mereka sudah mula jatuh cinta dan juga bahagia dalam berkahwinan mereka.

 

Arrange marriage by www.easyweddings.com.au

Arrange marriage by www.easyweddings.com.au

Khidmat mencari jodoh online

Padma Rangarajan, Quora Digest

Padma Pangarajan menceritakan tentang cerita beliau sendiri. Padma bertemu jodoh dengan suaminya dalam website mencari jodoh online di India. Sementara dia menetap di India, lelaki itu menetap di USA. Lelaki itu terjumpa profil Padma dan terus berhubung dengannya. Cara ini sangat berbeza dengan budaya masyarakat India. Kedua-dua keluarga juga bersetuju untuk menikahkan mereka kerana horoskop mereka sangat serasi.

Mereka berdua bertemu secara online dan berhubung melalui telefon beberapa bulan sebelum bertemu. Selepas itu, kedua-dua keluarga bersetuju untuk meminang Padma. * bulan berikutnya, mereka bernikah. Hubungan mereka bermula daripada persahabatan dan berbunga menjadi cinta. Menurut Padma, cinta mereka tidak berubah sedikit pun.

 

Arrange marriage by www.easyweddings.com.au

Cinta Abadi

Neha Saraswat, Quora Digest

Neha Saraswat juga memulakan cinta beliau dengan kahwin atur. Neha dan suami bertemu hanya 2 kali sebelum berkahwin. Memang ya, mereka berdua bertemu secara bersempunyi dalam proses pengenalan mereka.  Neha menyatakan bahawa ini hanyalah nasib yang baik semata-mata. Pada tahun pertama perkahwinan, Neha menceritakan bahawa hubungan mereka agak retak kerana pressure dari keluarga. Akan tetapi, perasaan cinta itu datang perlahan-lahan dan pasangan ini sedar bahawa mereka mencintai satu sama lain. Selepas 10 tahun berkahwin, Neha merasa sangat bahagia dengan perkahwinan mereka dan percaya bahawa apa yang terjadi membuat dirinya menjadi seorang yang lebih baik.

Cerita diinspirasi daripada http://www.easyweddings.com.au

Budaya Atur Kahwin Sebenar! was last modified: June 7th, 2017 by aisyah