Cerita Perkahwinan

Apa yang perlu dimakan sebelum 5 majlis penting perkahwinan

diet

 

Tips pemakanan ini akan membantu anda tampil anggun pada saat penting.

Tidak kira bentuk, saiz, jadual atau jenis perkahwinan, setiap pengantin layak untuk kelihatan cantik, luar dan dalam. Tertanya-tanya apa yang perlu dimakan untuk mengurangkan berat sebelum memilih gaun? Bagaimana pula dengan makanan yang membuatkan kulit anda licin dan menyerlah, rambut yang terurus? Berpandukan pada 2 pakar nutrisi – Amy Gannon, pengawai program dan ketua jurulatih untuk eCoaching di Klinik Wellness Cleveland, dan Roby Youkilis, pengarang Go With Your Gut – untuk nasihat pakar tentang apa yang patut dimakan, dan apa yang perlu dielakkan sebelum 5 majlis penting.

Membeli Gaun Bersanding

Objektif: Untuk kelihatan ramping.

Anda mahukan yang terbaik untuk majlis anda. Untuk mencapai objektif tersebut, anda perlu mencari gaun yang sesuai untuk anda.

Steer Clear of Sodium

Cara terbaik untuk mengurangkan kekembungan dengan memeriksa pengambilan sodium. Makanan yang diproses mengandungi sodium berlebihan. Gannon mengatakan bahawa 75 peratus pengambilan di US adalah dari makanan yang dibungkus dan restoran – whoa. Periksa perkara ini dan berhati-hati apabila memesan makanan. Beli makanan yang ringkas, mengurangkan pengambilan makanan proses, dan cuba masak di rumah selalu.

Fiber

Apabila bercakap mengenai fiber, Gannon mencadangkan dengan mengambil langkah Goldilocks: terlalu banyak akan membuatkan anda tidak selalu: tetapi ia juga tidak sesuai jika terlalu sedikit. Sebelum mencuba gaun, Gannon memesan: “selain mengambil semangkuk bran cereal, yang terlalu banyak fiber, pilih yogurt greek rendah lemak bersama berries untuk campuran sesuai bagi protein dan fiber.”

Probiotik

Probiotik meransang pembesaran bakteria baik pada pencernaan anda. Makanan yang ditapai (Youkilis sukakan sauerkraut, kimchi, kombucha, kefir dan yogurt) adalah probiotik yng berkuali tinggi untuk menghilangkan keinginan, membantu sistem pencernaan, dan menyekat anda dari kekembungan selepas makan.

Chew, Chew

Jangan tinggalkan tips ringkas ini sebelum mencubanya. Youkilis mendakwa perubahan tabiat pemakanan anda boleh mengubah hubungan anda dan makanan. Perut anda tidak boleh mengunyah sendiri (disebabkan itu, kita mempunyai gigi!). Jadi apa-apa makanan yang tidak dikunyah dengan betul tidak boleh dicerna dan menyebabkan kenaikan berat badan. “Kunyah makanan anda dan buatkan perut anda lebih kurus.” Anda akan mempunyai lebih tenaga tanpa perubahan pada diet!” Jelas Youkilis.

Menyedang Baju Pengantin

Objektif: Kekalkan berat badan dan saiz badan dari penyendangan yang sebelumnya (dan elakkan perubahan pada baju).

Buat secara perlahan

Jika anda mahu badan yang kurus dan ramping, anda perlu membuatnya secara cara sihat, seimbang, dan teratur, jelas Gannon. Itu bermaksud tiada diets yang tidak betul yang perlu dibuang atau dihadkan oleh piramid makanan. Walaupun jika salah diet yang drastic tersebut berkesan, ia hanya akan mengurangkan berat badannya hanya sementara waktu (ramai yang diantaranya gagal mengekalkan penurunan tersebut). Untuk bakal pengantin, fiasco seperti ini bermaksud ribuan dollar gubahan gaun jika berat anda turun atau naik semasa majlis “fitting” tersebut.

Gambaran Penuh

Jadi, jika anda benar-benar ingin mengurangkan berat sebelum majlis bersejarah anda, anda patut mencubanya dengan perubahan yang holistik. Jangan panic – ia kedengaran drastik dan menakutkan, tetapi ia adalah tentang kombinasi untuk mencapai objektif anda. Pertama, mula dengan awal- dan berterusan. “Fokus pada makanan seimbang dengan protein, lemak sihat dan karbohidrat yang berkualiti,” Kata Gannon. “[Lihat pada] makanan seperti sayuran, buahan, kacang, biji, ayam, avocado, oat, quinoa dan susu rendah lemak.”

5 Peraturan Pemakanan

Untuk mengekalkan berat semasa ‘fitting’, ikuti 5 peraturan dari Youkili: makan semaksimun untuk 5 jenis makanan yang berbeza pada setiap hidangan. Cara ini membantu anda untuk mengelakkan kompilasi dan hidangan yang berlebihan. Anda tidak perlukan salad dengan sedozen topping, walaupun bahan tersebut bagus untuk anda. Fokus pada hidangan yang seimbang atau snek yang tidak lebih dari 5 bahan utama (minyak, herba dan rempah tidak termasuk.

Ujian 2 Minit

Satu jalan terbaik untuk mengurangkan makanan ringan dengan mengikuti 2  minit arahan Youkili, yang sangat ringkas. Mahukan donut yang berlebihan di pantri pejabat? Tunggu – setkan masa (pada telefon anda, sebagai contoh) untuk 2 minit. Bayangkan makanan yang anda idamkan. Mungkin anda berpuas hati dengan secawah the hijau panas atau beberapa teguk air. Jika tempoh 2 minit sudah tamat dan anda tidak berhenti memikirkn makanan tersebut, ambil makanan tersebut dengan kuantiti yang sedikit. Dalam masa 2 minit, idaman kamu akan hilang, atau anda boleh membuat alternatif yang lebih baik.

Photo Shoot Pertunangan

Objektif: inginkan kulit yang segar, bersih dan sihat, neutral, bersinar.

Luar, Dalam

Kekalkan makanan yang kaya dengan nutrisi – tinggi antioksida, phytokimia dan lemak sihat – pada hidangan anda untuk kekal sihat, kulit yang bersih. Buah dan sayur yang segar adalah sangat bagus kerana mereka penuh dengan nutrisi dan air. Gannon mencadangkan memilih buah oren, bell pepper, brokoli dn cantaloupe yang penuh dengan Vitamin C ( penting untuk penghasilan kolagen untuk tisu dan kulit yang sihat). Makanan seperti salmon, sardin, kacang dan flaxssed kaya dengan omega-3, yang bertindak sebagai anti radang dan memberi manfaat pada kulit.

Lemak

“Badan kita perlukan lemak kerana ia bertindak sebagai metabolisma untuk nutrisi yang diterima,” Kata Youkilis. “Bonus: Lemak sihat adalah bagus untuk rambut, kulit, dan kuku, supaya anda lebih neutral dan bersinar di depan kamera.” Kini, anda tidak lagi makan kentang pada setiap hidangan – pilih lemak dari sumber yang baik, dan jangan berlebihan. Cari lemak sihat yang neutral seperti zaitun, avocado, ikan salmon, tuna, ikan kembung, kelapa dan telur.

Minuman

“Kulit yang berhidrasi adalah kulit yang cantik dan air adalah sumbernya.” Jelas Youkilis, yang menasihatkan air yang ditapis untuk hidrasi yang optimal. Mulakan hari anda dengan segelas air, kemudian minumnya sepanjang hari (8 gelas sehari). Jika anda bosan dengan air biasa, anda boleh menambah jus citrus dan daun pudina serta timun- anda adalah mixologi. Kekal hidrat adalah perkara yang ringkas danefektif yang boleh dicapai.

“Bachelorette Party”

Objektif Sebelum: kekal hidrat dan bertenaga supaya anda boleh berjaga.

Objektif Selepas: Batalkan majlis jika makanan dan minuman adalah tidak sesuai.

Alkohol

Majlis ini semestinya melibatkan beberapa cocktails. Tetapi jika anda risaukannya, cara terbaik untuk menguruskannya adalah dengan mengambil minuman tanpa alcohol. Gannon juga mencadangkan beberapa tips mudah: “Minum air sebelum, semasa dan selepas keluar: cuba wine spritzer atau minuman yang boleh digantikan dengan alcohol: dan ambil hidangan yang sihat bersama protein sebelum tidur.” Jangan risau, tip terakhir tidak akan membuatkan anda selesa- ia akan menunjukkan penyerapan alcohol pada ssstem anda.

Buangan pada waktu pagi

Perkara pertama: Mula hari anda dengan secawan air besar untuk mengembalikan hidrasi. “Saya mencadangkan lemon untuk meransangkan system pencernaan untuk membuang sisa buangan yang disimpan.” Jelas Youkili.

Detox

Jika anda ingin makan pada keesokan harinya, pilih makanan yang kaya dan memuaskan, tetapi dibungkus dengan bahan yang baik ( jangan memilih bacon, telur dan keju-maaf!). “Omelet yang dihiasi dengan sepotong avocado, pankek dengan buahan, atau sayuran bersama ubi dan telur adalah memuaskan dan mengembalikan tenaga anda. Jelas Gannon. Bagaimana anda tergamak mengatakan tidak?

Hijau dan Bersih

Kami tahu- perkara pertama yang anda mahukan adalah tequila dan bukanlah semangkuk bayam dan kale. Tetapi dengar apa kata Youkilis: “sayuran bagus untuk detoks hati, darah dan system pernafasan dan ianya kaya dengan kalsium, magnesium, iron, potassium, fosforus, zink and vitamins A, C, E and K. ia juga mengandungi fiber yang banyak dan klorofil. Tambahkan avocado atau minyak zaitun untuk memaksimakan penyerapan nutrisi.” Jadi anda boleh tambahkan sayuran pada: omelette, smoothie atau salad makanan tengah hari atau malam.

Hari Persandingan

Objektif: Supaya anda kelihatan sempurna, untuk mengurangkan stress dan kekal tenang.

Gementar

Gannon mengatakan isu biasa bagi pengantin adalah jadual yang padat dan makanan tak seimbang. “Jangan biarkan gemuruh dan stress menghalang anda mendapatkan nutrisi yang cukup dan melalui pada minggu tersebut [sebelum perkahwinan anda]. Bawa sebotol air bersama dan snek tambahan,” Jelas Gannon. Cara lain untuk menghilangkan stress adalah senaman.

Cara Biasa

Pada hari sebelum dan semasa, buat cara yang anda tahu. Elakkan mencuba sesuatu yang baru atau exotic yang membawa keburukan pada sistem anda. Jika anda berlatih untuk makan malam, biasakan dengan makanan yang dihidangkan. Grill protein, brown rice dan sayuran memberi nutrisi seimbang. Gannon mencadangkan perkara yang sama untuk sarapan, sama ada peanut butter, telur atau smoothie.

‘Soul Food’

Ia penting tentang apa yang penting untuk perut anda. Buatkan masa “sendirian” samaada 1 jam workout, 5 minit meditasi atau secawan teh dengan kerusi kegemaran anda. Terdapat beberapa aktiviti yang Youkilis sukakan yang membantu anda tenang.

Artikel ini dipetik dari TheKnot

Apa yang perlu dimakan sebelum 5 majlis penting perkahwinan was last modified: June 16th, 2017 by nabila