Cerita Perkahwinan

Trend Terkini: Vow Book

Gambar dari www.insideweddings.com

Gambar dari www.insideweddings.com

Nak tahu apa trend terkini? Meh kami share sikit pasal “vowbook” ni. Bila mana kita bersetuju untuk menjalinkan ikatan yang kita mahukan kekal sampai ke jannah, kita juga mahukan janji-janji kita menjadi satu memori yang indah. Adakah kita akan beli atau buat sendiri, ia akan memberi 2 tujuan yang berbeza, tapi yang paling pasti ia adalah perkara yang indah di hari perkahwinan anda yang kekal ke jannah, insyaAllah.

Boleh dapatkan di FireflyPaperStudio via Etsy.com

Tujuan pertama ialah untuk memberi tekanan (yang positif) untuk mengingatkan anda dan pasangan apabila menulis perjanjian abadi sendiri, kalau itulah perjalanan hidup yang anda pilih. Selalunya, pasangan akan ketepikan ungkapan yang abadi yang cliché seperti “till jannah” dan mereka akan buat ucapat perkahwinan yang lagi best dan special untuk pasangan masing-masing. Pasangan boleh memilih untuk menulisnya bersama-sama untuk memberi refleksi yang yang utuh sebagai pasangan mempelai atau pun memilih untuk buat perasingan supaya lagi surprise.  Memang betul, kalau kita kongsikan dengan tetamu yang hadir di majlis perkahwinan kita, mesti ramai orang tidak boleh tahan sebab romantik sangat sampai boleh menitiskan air mata syahdu ( amboi).  So, Vow Book adalah alternatif yang paling bagus sekali!

Dapatkan segalanya untuk perkahwinan anda di wedding.com.my

Vowbook dari Amazon.com

Yang Kedua, Vowbook ini akan menjadi tanda untuk kenangan anda dan sentiasa mengingatkan anda kepada sepanjang  perjalanan bahtera perkahwinan anda. Pada realitinya, perkahwinan yang paling indah pun tidak ada salahnya untuk pasangan untuk lihat semula perjanjian yang termetrai antara mereka. Ia juga akan menguatkan ikatan perkahwinan dan percintaan pasangan. Tak lupa juga, tajuk Vowbook mesti lah interesting dan sweet!

Dapatkan segalanya untuk perkahwinan anda di wedding.com.my

vow book dari weddingstorywriter.com

Ataupun, pasangan pengantin boleh juga buat untuk sendiri vow book untuk perjanjian abadi mereka sendiri dengan mengunakan penulisan yang cantik seperti caligraphy yang awesome. Ini juga boleh bagi sentimental value kepada pasangan. Harus fikirkan cara yang lebih kreatif!

Jadi, jangan lupa buat Vowbook untuk pasangan anda mengikut tips-tips ini. Pastikan ianya telus dan ikhlas dari hati supaya ia menjadi satu memori indah dalam perkahwinan anda.

 

Artikel dipetik daripada easywedding.com.au

Dapatkan segalanya untuk perkahwinan anda di wedding.com.my

 

Trend Terkini: Vow Book was last modified: May 24th, 2017 by aisyah