Cerita Perkahwinan

Tidak mudah sebenarnya menjadi pengantin perempuan

Jadi, anda mempunyai cincin yang besar dan berkilauan, dan menjadi pengantin adalah perkara yang paling terbaik sekali tetapi ia tidak bermakna tidak perlukan berkerja keras. Terdapat pelbagai tekanan, drama dan tangisan yang akan datang bersama!

pengantin perempuan menangis

image S6 Photography

Sindrom rakan yang sudah berkahwin

Apabila rakan anda yang baru sahaja berkahwin adalah pakar perkahwinan (mengistiharkan diri sendiri) dan tahu SEMUA yang perlu tahu. “Anda perlukan ini… Anda perlukan itu” – hanya kerana beliau merancang majlis perkahwinannya sendiri! Percaya atau tidak, anda mahukan majlis perkahwinan anda yang unik bukan replika meraka. Cuba simpan pendapat orang lain sekurang-kurangnya dengan tidak membuka elemen-elemendi hari istimewa anda untuk perbincangan.

klik disini dan dapatkan barangan untuk hari perkahwinan anda & nasihat wedding planner kami

Anda berkahwin dengan “Groomzilla”

Pasangan anda akan beralih sebaik sahaja anda menyebutkan katering perkahwinan. Atau mengganguk ya kepada semuanya hanya untuk menjauhi anda daripada subjek. Ia sangat menjengkelkan apabila pasangan anda tidak mempunyai cadangan pada apa-apa dan ia merasakan anda perlu lakukan semua kerja sendiri!

image LATO Photography

Ibu anda “terlalu” membantu

Ibu anda hanya mahu membantu, dan tentu sekali anda menghargainya. Tetapi sama ada menulis senarai tetamu, mencari tempat untuk majlis perkahwinan atau jenis bunga yang anda pilih, beliau tidak berhenti untuk menawarkan nasihat tentang apa yang beliau akan lakukan.

Ibu mentua yang ditakuti

Jadi, mereka benar-benar wujud – kami mungkin mempunyai satu, tahu satu atau kita adalah salah seorang daripadanya! Mengapa dia perlu memakai gaun putih yang mahal pada hari yang paling penting dalam hidup anda? Adakah beliau cuba lebih dari anda? Pastikan keinginan atau pilihan pakaian pada hari penting anda dinyatakan awal dalam perancangan perkahwinan di kedua-dua bahagian! Sentiasa tenang dan berbincang bersama mereka tentang rancangan anda terlebih dahulu dan semua orang akan gembira!

klik disini dan dapatkan barangan untuk hari perkahwinan anda & nasihat wedding planner kami

Kehidupan sebelum di hari perkahwinan

Sekejap, apa? Anda mempunyai kehidupan sebelum perkahwinan? Ya, anda ada. Tetapi anda mungkin mempersoalkan tentang apa yang anda lakukan pada masa terluang anda? Maksudnya, apa yang anda dan pasangan anda berbual sebelum tentang perkahwinan?!

Butiran yang tidak ketara

Pada satu tahap, anda sangat penat daripada proses rancangan perancangan yang anda sudah tidak kisah tentang warna napkin, atau jika saudara anda boleh bawa temannya nanti. Apabila anda sampai ke tahap ini- masa untuk berhujung minggu berakhir. Pastikan anda matikan mode merancang perkahwinan untuk beberapa hari setiap kerap.

klik disini dan dapatkan barangan untuk hari perkahwinan anda & nasihat wedding planner kami

artikel ini dipetik dari wedding ideas mag

Tidak mudah sebenarnya menjadi pengantin perempuan was last modified: August 24th, 2017 by syazwani