Anda tidak boleh pangkah nama-nama tetamu ini – tidak kira betapa anda mahukannya.
Sesetengah tetamu secara automatik masuk dalam senarai hanya kerana keluarga, tetapi tetamu lain – seperti bos anda – agak sukar untuk menolak daripada termasuk dalam senarai tetamu. Dan seoleh-oleh anda membuat senarai tetamu tidak cukup rumit, ibu bapa anda juga mahu masukkan beberapa tetamu lain dalam senarai anda. Anda mungkin tidak percaya, tetapi tetamu yang tidak diingini tidak perlu merosakkan hari anda – selagi anda tahu dimana anda mahu letakkan mereka. Ini adalah 8 pengacau berpotensi yang anda akan menjemput ( dan mengatahui cara anda untuk menjauhi dari kerosakan!).
Teman lelaki bridesmaid
Mengapa perlu menjemputnya: okay, jadi ia sedikit pelik bahawa dia tidak pernah memakai kasut yang sesuai dan masih belum mengucap tahniah pada anda, tetapi walaupun dia bukan pilihan utama anda untuk bergaul bersama, salah satu daripada rakan rapat anda sayang padanya. Tambahan pula, bridesmaid anda telah melalui banyak perkara bersama anda ( fitting tiga baju, dua sesi merasa kek, satu gangguan yang gila tentang bunga anda). Tidak menjemput teman lelakinya (yang jelasnya lebig daripada sekadar melemparkan) akan menjadi agak tidak baik.
Dimana perlu letakkannya: Daripada mempunyai meja besar bersama keseluruhan tetamu anda serta teman mereka, lakukan perkara yang berlainan sedikit. Duduk bersama maid of honor , best man dan teman mereka, kemudian pisahkan tetamu lain di meja yang lain. Bukan sahaja anda akan selamat dari jarak daripada teman kawan anda, tetapi ia juga menjaga beberapa tetamu anda dari merasakan seperti mereka terperangkap di meja D-senarai semasa anda dan tetamu anda mendapatkan rawatan penuh VIP.
klik disini dan dapatkan barangan untuk hari perkahwinan anda & nasihat weeding planner kami
Wedding planner aneh
Mengapa perlu jemput mereka: Selain daripada mereka sedang merancang dan melaksanakan keseluruhan perkahwinan anda, mereka orang utama dalam menguruskan di hari perkahwinan anda. Percayalah: ia bermakna meletakkan dengan anekdot gila mereka dengan mengurus dalam semua butiran ( dan mungkin bencana). Selain itu, melayan mereka seperti tetamu sebenar (dengan tempat duduk sebenar, makanan dan jemputan) akan membuat mereka merasa lebih dialu-alukan.
Dimana perlu letakkan mereka: perancang majlis anda akan sibuk di majlis perkahwinan anda yang anda tidak akan perasan mereka ada. Selain itu, apa yang buruk akan terjadi – mereka akan bercakap pada tetamu anda dan mendedahkan obsesi Barry Manilow mereka? Apa yang anda tahu, semua orang sukakan “Copacabana” seperti perancang majlis anda juga. Letakkan mereka di meja bersama saudara atau kawan keluarga anda yang mempunyai hampir sama personiliti atau minat, atau ambil peluang untuk letakkan mereka bersama kawan-kawan anda. Dan ingat, apa-apa orang katakan yang mengejutkan selepas beberapa gelas champagne , jadi janganter terlalu bimbang sangat.
Anak saudara kecil
Mengapa perlu dijemput: Anda dengan jelas memberitahu kakak anda yang anda tidak mahu memjemput anak-anak kecil untuk hari perkahwinan anda, tetapi dia membuat keputusan yang anaknya terkecuali. Tidak mahu anak-anak kecil berada di hari perkahwinan anda sudah pasti difahami, tetapi ia membuat kakak anda menghabiskan setengah malam di bilik hotel dengan membaca cerita pada anak beliau sebelum tidur (dan terlepas tarian pertama dan memotong kek) adalah tidak betul-betul adil kepada salah seorang daripada anda berdua.
Dimana perlu tempatkan mereka: Jika mempunyai bayi di majlis perkahwinan amat mengganggu anda, menawarkan untuk mengupah pengasuh. Cadangkan bahawa anak saudara anda duduk bersama pengasuh apabila majlis dijalankan (jadi tidak perlu dengar bayi menangis ketika majlis tersebut) dan biarkan kakak anda membuat keputusan samada beliau mahu atau tidak membawa bayinya ke majlis tersebut. Oleh kerana itu, tetamu akan makan dan menari; mereka tidak akan perasan bayi sedang tidur (jika bayi tersebut dapat tidur sepanjang majlis anda). Anda juga boleh menempatkan kakak anda berhampiran dengan pintu jika dia perlu lari cepat keluar untuk sebarang kecemasan keibuan.
Kawan rapat kepada tunang anda yang pelik
Mengapa perlu menjemputnya: ini mungkin sukar untuk lupakan kali terakhir anda jumpa dengan kawan rapat tunang anda di kolej – sejak dia habiskan setangah malam cuba merapat dengan anda dengan kawan anda. Tetapi anda perlu cuba untuk lupakannya. Dia adalah salah seorang kawan rapat kepada tunang anda , jadi jika tidak termasukkannya dalam senarai tetamu anda, beliau akan melakukan lebih banyak kerosakan daripada kebaikan.
Dimana perlu letakkan mereka: Pertama, anda bukan single lagi, jadi anda tidak perlu risau tentangnya ( walaupun anda mungkin perlu beri amaran pada kawan-kawan anda tentangnya). Letakkanya pada meja bersama dengan orang yang masih single, atau cadangkan pada tunang anda bahawa suruh kawannya bawa teman sekali ke majlis. Selagi dia tidak berkelakuan pelik atau membuat adegan, tidak akan ada kerosakkan dia akan lakukan. Dan walaupun jika anda rasakan dia amat menjengkelkan dalam general, anda akan begitu sibuk dengan tetamu anda yang lain dan dia akan perasan tentang hari istimewa anda.
klik disini dan dapatkan barangan untuk hari perkahwinan anda & nasihat weeding planner kami
Sepupu( yang merasakan ia orang luar)
Mengapa perlu menjemputnya: anda mungkin pernah bermain bersamanya ketika kecil 20 tahun yang lalu, tetapi sekarang, anda tidak ingat jika dia adalah sepupu anda yang pernah pakai kaca mata atau dia yang pernah pinjam anak patung kegemaran anda dan tidak pernah pulangkannya. Tetapi ibu anda masih menegaskan dia perlu ada di dalam senarai tetamu . Ini kerana dia masih lagi keluarga anda( maaf, itulah caranya!) tidak menjemput beliau akan menjadi anda berdua kurang sopan dan akan jadi sangat jangkal, bukan sahaja pada anda, tetapi kepada ibubapa anda juga (mereka mungkin perlu menjelaskan mengapa dia tidak dijemput). Dalam kes ini, ia lebih mudah kepada semua orang menjadi inklusif.
Dimana perlu letakkannya: tempatkannya di meja bersama ahli keluarga yang lain yang beliau kenal, jika anda rasa beliau terhibur, campurkan beliau dengan beberapa kawan anda. Ia sudah lama kerana anda lihatnya sudah besar dan mungkin dia akan menjadi lebih kenali di majlis nanti
Orang yang tidak suka pada majlis perkahwinan
Mengapa perlu dijemput: dia adalah salah satu rakan baik anda dan selalu berada si sisi anda sentiasa dari hari graduasi dan hari jadi hingga kepada minggu cuti tetapi anda harus duduk di rumah ketika sakit. Masalah sekarangnya adalah, beliau sekarang ini masih mencari cinta dan sentiasa berasa tidak suka pada majlis perkahwinan (membawa sikap sinisnya kemana-mana). Tetapi jika anda menganggap dia akan merungus pada segala-galanya dari pakaian anda hingga ke bunga, beri dia manfaat keraguan-keungkinan. Hakikatnya, jika dia benar-benar rakan anda, dia masih akan berasa gembira pada anda.
Dimana perlu letakkannya: memperkenalkan beliau pada tetamu lain yang masih single lagi sebelum di hari majlis anda ( seperti di hari pertunangan anda) untuk menunjukkannya yang dia tidak akan menjadi pihak ketiga. Jika tiada orang yang masih single di kalangan kawan anda, jemput beliau mengajak temannya sekali walaupun temannya adalah seorang kawan sahaja. Mempunyai orang untuk menari atau bersembang bersama akan menyelamatkannya dari duduk berseorangan apabila lagu perlahan dimainkan, dan dia akan berasa lebih yakin dengan temanya. Mesti letakkannya di meja bersama tetamu yang usia lebih kurang sama dengannya supaya dia tidak berasa dia terasing di meja bersama dtuk dan nenek anda.
Bos anda
Mengapa dijemput: dengar, kami tahu – ia hampir mustahil tidak memberitahu pada semua orang yang anda sudah bertunang, atau untuk berjaga dari bercakap tentang perancangan perkahwinan anda semasa ditempat kerja. Tetapi ia idea yang tidak baik untuk beritahu seseorang tentang majlis anda jika mereka tidak dijemput. Jadi, jik anda berbincang tentang hari perkahwinan anda selalu, bos anda akan merasa tarihk majlis tersebut semakin hampir seperti bridesmaid anda – anda perlu tambah lagi beberapa orang untuk senarai jemputan anda.
Dimana perlu letakkannya: jemput bos anda bersama teman mereka. Jika anda rapat dengan rakan sekerja , tambahkan mereka pada senarai jemputan tetamu anda dan letakkan mereka di satu meja bersama rakan sekerja yang lain juga. Dan walaupun anda rasa kurang selesa pada pemikiran bos anda yang sedang menyaksikan beberapa rakan-rakan anda dalam mood parti, anda tidak perlu risau. Tambahan pula, mereka mungkin tidak dapat menghadiri, tetapi menjemput bos anda adalah tindakan yang betul.
klik disini dan dapatkan barangan untuk hari perkahwinan anda & nasihat weeding planner kami
Pakcik yang mabuk
Mengapa perlu di jemput: adakah anda suka pada peraturan keluarga? Pakcik anda adalah salah seorang abang kepada ibu atau bapa anda, atau salah seorang suami kepada saudara anda, dan hakikatnya bahawa dia dikenali untuk mengambil terlalu banyak minuman. Walaupun dia mempunyai sejarah yang tidak terkawal, bapa saudara anda sentiasa termasuk dalam senarai jemputan anda.
Dimana perlu letakkannya: walaupun anda tidak mahu membebankan bapa anda untuk menjaga pakcik anda, letakkan belaiu berdekatan dengan pakcik anda supaya dia senang memerhati pakcik anda- terutamanya pada bahagian minuman. Anda juga perlu dengan lembut memberitahu pelayan bar untuk kurangkan minuman mereka jika tetamu kelihatan berlebihan minuman. Jika dia suka jenis minuman yang tertentu, jangan simpan minuman tersebut. Malah, perlu letak banyak air diatas meja dan adakan makan malam awal supaya tiada siapa minum semasa perut kosong.
Dipetik dari the knot