Cerita Perkahwinan

Wanita ini kongsi tips Majlis Perkahwinan bajet serendah RM4k sahaja

perkahwinan bajet

Semua orang nak kahwin, calon pasangan pun dah ada, tapi bajet pulak tak cukup lagi. Aduh, macam mana ni? Mungkin anda boleh cuba tips yang dikongsikan Syazliah Fateha, yang melangsungkan majlis perkahwinan bajet dengan kos serendah RM4k sahaja! WOW.

Eh, siapa cakap tak boleh adakan majlis kahwin dibawah RM10k zaman sekarang ni? Dengan perbincangan dan research yang betul, mesti boleh dapat lah. Nak ke tak nak je.

  1. Pelamin

Puan Syazliah Fateha hanya menggunakan mini pelamin dan boleh match dengan semua baju. Pada harga RM600 sahaja, dia dapat pelamin idaman daripada @FarahAina Bridal. Tengoklah simple dan cantik je!

Sumber: Facebook @Syazliah

2. Inai

Puan Syazliah ni nampak simple je orangnya. Design inai pun simple tapi cantik! Tak nampak padat. Harga pun murah je iaitu RM70. Siap bagi 5 bintang lagi untuk khidmat daripada @CahayaHidayah ni. Maknanya bagus la tu even simple dan murah.

Sumber: Facebook @Syazliah

3. Cincin Suami

Cincin encik suami pula dia beli dekat kedai silver. Kata Puan Syazliah, dia pernah beli cincin tunang silver dekat kedai emas, tapi rupa-rupanya harga jauh lebih murah kalau terus beli dekat kedai silver. Haa jadi boleh la anda ingat tips ni.

Kalau nak cincin silver, beli je terus dekat kedai silver daripada kemai emas.

Sumber: Facebook @Syazliah

4. Khemah & Katering

Sumber: Facebook @Syazliah

Puan Syazliah hanya menggunakan khemah biasa yang berharga RM200 dan disponsor RM50 oleh jiran sebelah rumah untuk tambah renda dekat khemah tu. Okaylah tu kan khemah biasa pun. Asalkan ada tempat untuk tetamu dan melindungi mereka daripada hujan panas.

Katering pun katanya daripada harga berbelas ringgit untuk 1 pax, akak katering bagi RM10 je. Nampak tak? Rezeki nak kahwin tu sentiasa ada je.

5. Hantaran & Goodies

Untuk barang hantaran, Puan Syazliah beli masa tengah sale dan gantikan barang yang branded dengan barangan yang lebih murah. Untuk goodies pula dia hanya beli surah Yassin 100 pcs dengan harga RM0.30 satu.

Ni antara barang hantaran yang dia kongsikan:

Total anggaran kasar: RM500

6. Baju Pengantin

Baju pasangan pengantin ini katanya dibeli sendiri dan digunakan sekali untuk akad nikah dan majlis bersanding. Senang! Tak perlu grand-grand, asalkan cantik, selesa dan boleh dipakai lagi untuk majlis yang lain.

Sumber: Facebook @Syazliah

Baju suami beli kat Gene Martino, Rm100 je. Nasib baik jumpa cari baju yang colour sebijik macam baju aku. Sebab kat situ ada 100 cod color baju.

Tudung yang aku pakai tu aku beli murah je, sandal pulak beli kat Vincci. Selesa la jugak even 3,4x aku jatuh.

Baju : RM 229

Tudung : RM 7.90

Sandal : RM 109

TOTAL : RM 345.90

7. Make up & Majlis Sambut Menantu

Sumber: Facebook @Syazliah

 

Senang la untuk Puan Syazliah dan suami sebab rumah dekat-dekat je. So majlis akad nikah, majlis bersanding dan sambut menantu semua dilakukan dalam satu hari. Bestnya, mudah dan jimat!

Dia hanya make up sekali je terus untuk akad nikah dan bersanding, daripada MUA yang sama @Eyla D’touch.

“Aku minta MUA makeup kan aku untuk sanding terus. Sebab aku nikah pukul 11.00 pagi, kira lepas tu terus sanding. Jimat masa, jimat kos, jimat segala-galanya.”

HARGA : RM250 *tak termasuk caj perjalanan

Sumber: Facebook @Syazliah

Untuk majlis sambut menantu yang berlangsung lepas asar, puan Syazliah make up sendiri je simple-simple menggunakan BC cream daripada DYXY. Haa senang kan? Tak ada kos tambahan yang keluar dan tak perlu nak menggunakan MUA bagai.

Jangan berhutang & abaikan cakap orang:

 

Sumber: Facebook @Syazliah

Sumber: Facebook @Syazliah

Haa agak agak korang boleh ke nak buat majlis kahwin macam ni? Pada saya, majlis perkahwinan Puan Syazliah dan suami memang sangat simple, jimat kos, masa dan tenaga. Betul apa yang dia nasihatkan tu, ABAIKAN CAKAP ORANG.

Ikut kemampuan bajet anda dan pasangan. Sentiasa beringat, lepas kahwin lagi banyak duit nak guna. Jangan sebab satu majlis perkahwinan untuk satu hari, merana anda dan pasangan dihari-hari mendatang. Nanti takut timbul masalah yang lain pula.

Dapatkan khidmat dan nasihat wedding planner kami untuk pakej-pakej yang menarik!

Wanita ini kongsi tips Majlis Perkahwinan bajet serendah RM4k sahaja was last modified: July 20th, 2018 by Fairuzal Aula