Cerita Perkahwinan

Idea: Hadiah untuk mempelai

Hadiah Perkahwinan dari www.easyweddings.com.au

Hadiah Perkahwinan dari www.easyweddings.com.au

Untuk ke majlis perkahwinan, memang kadang-kadang kita pening fikir nak bagi hadiah apa kepada kedua mempelai. Ni kami nak share apa yang anda boleh bagi sebagai hadiah perkahwinan kepada ahli keluarga ataupun rakan-rakan anda yang akan berkahwin.

1. Scrapbook

  1. Mesti anda macam pelik bila baca “scrapbook” sebagai hadiah perkahwinan. Apa tidaknya, selalunya kita hadiahkan pengantin rice cooker, toaster dan macam-macam lagi. kenapa scrapbook?? Bila anda hadiahkan scrapbook kepada pengantin, anda boleh dekorasikan scrapbook yang juga akan memberi “sentimental value”. Ini juga akan menjadi satu benda yang boleh menyimpan kenangan-kenangan indah pasangan mempelai. Sebagai contoh, pengantin boleh letak gambar perkahwinan untuk menjadi kenangan indah.

 

Hadiah Perkahwinan dari www.easyweddings.com.au

2. Personalise-kan hadiah anda!

Setiap pengantin mahukan hari persandingan yang mereka boleh raikan bersama, jadi, hariah yang anda pilih haruskan mengingatkan mereka kepada hari indah itu. Personalized gift yang terbaik adalah hadiah yang pengantin boleh guna di hari-hari mereka. Maknanya, hari-hari yang mereka gunakan hadiah anda, anda berjaya membuat mereka mengimbau hari indah. Hadiah seperti ini boleh dalam bentuk minyak wangi atau juga perhiasan kecantikan.

Hadiah Perkahwinan dari www.easyweddings.com.au

3. Hadiah dalam bentuk seni reka

Hadiah yang istemewa boleh juga dalam bentuk seni seperti illustrasi. Lukisan ini boleh menggambarkan kedua mempelai yang mereka boleh jadikan ia sebagai hiasan dirumah mereka nanti.

 

Hadiah Perkahwinan dari www.easyweddings.com.au

4. Pamper session

Kita semua tahu menjelang dan juga selepas hari perkahwinan adalah saat-saat yang memenatkan dan juga stress. Sebagai tekan atau ahli keluarga, benda yang paling berguna dan paling best sekali ialah bila pengantin dapat hadiah untuk “me- time” untuk menghilangkan penat dan juga stress.

Hadiah Perkahwinan dari www.easyweddings.com.au

5. Barangan travel

Lepas masjlis perkahwinan, semua pasangan mahukan waktu bersama dan pergi ke honeymoon yang romantik. So, ini adalah peluang anda untuk menjadi kawan ataupun ahli keluara yang paling awesome dan berguna, dengan menghadiahkan mereka travel essentials mereka yang tetamu lain tak akan belikan untuk mereka dan mereka sangat perlukan! Sebagai contoh, set body lotions dan sunblock, atau pun winter jacket (kalau anda tahu destinasi honeymoon mereka) ataupun juga bantal tidur kapal terbang.

Hadiah Perkahwinan dari www.easyweddings.com.au

 

Sekarang, anda mesti dah dapat banyak idea untuk anda hadiahkan kepada kawan atau ahli keluarga anda yang akan berkahwin kan?? Kalau boleh, jadilah spy dan korek rahsia bakal pengantin untuk tahu apa yang anda patut dapatkan!

Artikel ini diinspirasikan daripada www.easyweddings.com.au

Idea: Hadiah untuk mempelai was last modified: June 6th, 2017 by aisyah