Cerita Perkahwinan

Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Drone Untuk Majlis Perkahwinan Anda

drone

Drone mengambil gambar dan video dengan lebih spektular, tetapi adakah ia berbaloi untuk perkahwinan anda? Dua pakar berkongsi pendapat tentang drone.

Drone atau tidak- itulah persoalannya! Fotografi drone sudah meningkat naik, dan sudah tidak asing lagi jika anda melihat gambar dari mesin terbang ini. Tetapi jika anda masih skeptikal tentang fotografi aerial ini, dan pros dan cons tentang gambar perkahwinan anda, baca artikel ini. Semua tentang drone yang patut anda ketahui.

Keselamatan

Bermula dengan info yang kurang diambil perhatian. Keselamatan adalah penting jika anda bercadang untuk menggunakan drone. Ianya ialah mini helicopter bersama kamera, jadi jika drone operator tidak dilatih secara professional, anda berisiko mengalami kecederaan.

Perancangan dan Kerja Profesional Diperlukan

Park Gyokeres, empunya Propellerhead Aerial Photografi dan pemenang fotojurnal US Air Force berkata, “Jika pilot drone tidak mempunyai plan keselamatan, insuran, pengetahuan luas untuk mengendalikan alatan tersebut, dia akan merisikokan majlis tersebut.” Pastikan anda membuatkan jurugambar anda berkerjasama dengan juruterbang drone, duduk bersama dan merancang.

Insuran Drone

Gyokeres berkata setiap operator drone memerlukan insuran personal untuk UAV (unmanned aerial vehicle). Apabila seseorang tercedera, operator tersebut akan dilindungi dan kerosakan akandibaiki. Jangan mengambil mudah tentang hal ini. Periksa juruterbang tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Cara Baru Untuk Menangkap Gambar

Josh Rogers dari Atmosphere Aerial berkata mengambil juruterbang drone untuk menangkap gambar anda adalah membazir. “Anda mengupah operator drone dengan sebab yang sama anda mengupah jurugambar: Anda ingin pastikan gambar yang diambil adalah terbaik. Perkahwinan yang berlaku sekali seumur hidup.” Tetapi tidak seperti jurugambar ini, drone memberi cara baru untuk menagkap gambar. “Ia adalah peluang yang tidak dapat dilupakan,” Jelas Gyokeres.

Ambil kelebihan Tempat Tersebut

Drone boleh menangkap gambar dinamik, ilustratif yang menayangkan skop dan pemandangan tempat anda. “Drone memberi perspektif unik dan mewah untuk tempat yang mereka pilih,” Kata Roger. Mengambil gambar di bukit atau tempat yang tinggi? Bayangkan jika anda melihat album perkahwinan anda dan mempunyai tangkapan aerial. Terbaik! Ia berikan anda satu kelebihan.

 Mustahil Kepada Tidak Mustahil

Sejak drone dianggap versatile, anda boleh dapatkan gambar yang kreatif. Kumpulkan tetamu anda untuk menangkap gambar bersama. Gyokeres berkata dia pernah menangkap beberapa saat indah, emosi yang mustahil boleh ditangkap oleh kamera biasa, seperti pengantin perempuan menyorok bersama ayahnya di belakang rumah dan pengantin lelaki menunggunya di altar-dalam satu gambar. Ia membuatkan  gambar lebih spektular.

Elemen

Drone adalah sukar, tetapi ianya adalah alatan elektronik, bermakna ia boleh terbang dalam hujan lebat atau angina kencang. Berita baik ialah cuaca sejuk juga tidak menghalangnya. Gyokeres berkata drone bateri bertebat, dan krewnya menyimpan semuanya didalam kereta. Apabila drone dicas, ia akan membina habanya. “Drone seperti angin kerana ia ringan. Anda boleh emnerbangkan pada waktu sejuk,” kata Gyokeres. Jika anda ingin membuat di iklim sejuk, anda tidak boleh menangkap gambar yang banyak.

Tempat Terbuka adalah Terbaik.

Juruterbang drone boleh menerbangkan drone didalam rumah, tetapi ia lebih berisiko. “Boleh lakukannya didalam rumah asalkan bumbungnya tinggi untuk mengelak sebarang insiden,” Kata Roger. Ruang bukan sahaja isunya; Roger mencadangkan untuk tidak menggunakan drone pada majlis tertutup kerana ianya akan menjadi bising. Tempat terbuka adalah terbaik. Atau jika anda melangsungkan perkahwinan di laut, bagaimana untuk menangkap gambar selain dari drone? Jelas Gyokeres.

Tiada Jarak Dekat

Drone tidak sepatutnya diambil dari jarak dekat. Bukan sahaja ia membahayakan, tetapi ia juga bising. Jika anda ingin menangkap saat anda disatukan dari drone, anda tidak bernasib baik- drone tiada audio. “Anda tidak perlu menangkap setiap saat.” Jelas Gyokeres. “Apa yang boleh anda lakukan adalah menfilemkan perjalanan dan mendaratkan alatan tersebut. Anda masih boleh menangkapnya tanpa menggangu apa-apa.

Harga Atmosphere Aerial adalah dari $500 hingga $3,500. Propellerhead menawarkan servis harian pada harga $2,500 (termasuk cinematographer, juruterbang dan juruteknik). Kedua-duanya menyediakan servis individu atau bekerjasama dengan jurugambar upahan anda.

Artikel ini dipetik dari TheKnot

Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Drone Untuk Majlis Perkahwinan Anda was last modified: June 19th, 2017 by nabila