Cerita Perkahwinan

Pasangan Anda Perokok Tegar? – Ini Komen Netizen

perokok-pasangan

credit: IBTimes UK

Kalau nak kahwin tu memang kena pilih pasangan yang kena dengan jiwa dan raga kita kan? Ada pula timbul isu pasal “nak ke kahwin dengan perokok ni?” tak kira la lelaki ke perempuan. Ada sesetengah yang boleh je tak kisah pun kahwin dengan perokok, tapi ada yang memang takkan pilih pasangan yang merokok. Mari kita baca komen netizen tentang isu ini.

Kenapa taknak kahwin dengan perokok?

Ini komen para lelaki;

Apa pula kata para wanita?

Majoriti yang menjawab soalan ni semua cakap taknak kahwin dengan perokok. Macam mana kalau dah sayang tapi baru tahu yang pasangan anda tu sebenarnya perokok tegar? Nak tinggal macam tu je ke?

Sebenarnya macam ni, nasihat saya, kalau pasangan anda merokok anda kena la nasihatkan mereka supaya kurangkan merokok atau berhenti merokok. Jadilah seseorang yang memberi semangat kepada pasangan.

Ada je orang yang saya kenal berhenti merokok lepas kahwin atau lepas ada anak. Memang susah nak berhenti tapi kalau ada usaha boleh.  Bukan lelaki je merokok, perempuan pun ada. Jadi rasanya kalau anda betul-betul sayangkan pasangan anda, nasihatkan mereka, bukan tinggalkan.

5 Tips Untuk Menasihatkan Pasangan Anda Untuk Berhenti Merokok Sebelum Kahwin

1.  Jangan kuat membebel.

credit: BuzzFeed

Ini untuk para wanita ya, tahu memang risau sebab merokok tu membahayakan kesihatan tapi makin kuat anda membebel, makin degil la pasangan awak tu. Cuba orang bebel dekat awak, makin nak buat adalah kan?

2. Bagi sokongan padu.

credit: Tenor

Tak cukup padu lagi ke sokongan selama ni? Memanglah dah padu tapi janganlah mengaku kalah. Bagi hadiah dekat pasangan anda kalau berjaya kurangkan merokok. Cakap sayang. Kenalah buktikan. Gitu.

Dapatkan pakej perkahwinan menarik DI SINI. 

3. Ajak buat aktiviti yang menyeronokkan.

Kalau nak alihkan perhatian pasangan awak dari merokok, ajak la pergi jalan-jalan ke, borak-borak, buat aktiviti yang best sama-sama. Kalau awak pandai alihkan perhatian pasangan anda dari merokok, boleh je mereka kurangkan merokok. Entah-entah dari biasa merokok 1 kotak sehari jadi beberapa batang je. Boleh dah tu “slow-slow”. Nak berhenti mendadak tak boleh lah.

4. Fahami pasangan anda.

Kenapa mereka merokok? Sebab kerja? Sebab stress? Biasa kalau lelaki lepal mesti nak merokok, bersosial katanya. Janganlah membebel cakap tak boleh merokok kalau pasangan anda keluar lepak dengan kawan. Makin stress ada lah. Tak ke nanti lagi susah dia nak berhenti merokok. Kan?

5. Terima seadanya.

credit: gfycat.com

Amboi, sebelum bercinta boleh je terima semua kekurangan pasangan anda. Tetiba nak ubah perangai orang tu pulak. Kalau taknak berkahwin dengan orang merokok, jangan bercinta dari awal. Dah bercinta, kena la terima dan ubahlah sikit-sikit.

Dapatkan pakej perkahwinan menarik DI SINI. 

 

 

Pasangan Anda Perokok Tegar? – Ini Komen Netizen was last modified: July 20th, 2018 by Shayana