Cerita Perkahwinan

Cara Untuk Mengambil Hati Bakal Keluarga Mertua

Happy family of four at park during autumn

Happy family of four at park during autumn

Alam perkahwinan adalah sesuatu yang sangat indah dan mendapat restu daripada kedua pihak keluarga dan mertua adalah salah satu langkah untuk mendapat kebahagiaan dan menjamin masjid yang dibina itu berkekalan. Sudah semestinya akan ada perasaan gementar kerana anda akan berdepan dengan bakal mertua dan bagi yang bakal berjumpa bakal mertua buat pertama kali,pastinya berbagai perasaan bermain di fikiran anda. Walaupun pada ketika ini anda cuma seorang calon, tetapi calon juga boleh ‘click’ terus dengan bakal keluarga mertua.

Tenang semua. Kami ada beberapa cara dan kami akan akan terangkan dengan lebih mendalam dan terperinci bagaiman anda boleh mengambil hati bakal keluarga mertua terutamanya yang bagi sesetengah orang tak boleh tidur malam kerana tertalu takut memikirkan perkara ini.

Klik disini untuk perkhidmatan perkahwinan dari wedding.com.my

Siapa tak suka perempuan yang pandai masak? Bakal keluarga mertua yang tengok bakal menantu yang pandai memasak semestinya akan menarik nafas lega kerana tidak perlu risau jikalau anak mereka berlapar atau terpaksa makan di restoran setiap hari. Bukan sahaja perempuan, lelaki juga kena pandai masak kalau dah kahwin nanti. Tak perlu sampai tahap Chef Wan, goreng-goreng saja sudah boleh membahagiakan. Senang hati bakal isteri tu tengok. Jika di rumah keluarga mertua, ringan-ringankan tangan untuk membantu apa yang patut. Walaupun anda adalah tetamu pada hari itu, anda sepatutnya berada di dapur untuk membantu dan ringankan tangan dan juga mulut untuk bertanya apa yang boleh anda bantu.

Jika ini adalah kali pertama anda ke rumah bakal keluarga mertua, pasti akan ada perasaan kekok dan gementar sampai tahap nak ke tandas. Jangan takut, jangan segan. Walaupun kadang-kadang anda rasa macam keluarga bakal mertua ini tidak sekepala, layankan sahaja untuk mengambil hati. Berbual seperti biasa. Jangan jawab sepatah dua bila di soal bakal keluarga mertua. Anda akan lebih mengenali keluarga mertua dan membiasakan diri jika anda berjumpa dengan keluarga mertua lagi nanti.

Klik disini untuk perkhidmatan perkahwinan dari wedding.com.my

Ya, kita kena mengambil hati mertua terutamanya mak mertua kerana itu adalah satu kunci untuk kebahagiaan rumah tangga. Tapi jika anda berada di rumah keluarga mertua janganlah hanya berkepit dengan mak mertua, nanti timbul perasaan cemburu di kalangan ipar. Duduk berbual sekali dengan bakal ipar, main dengan anak saudara jika mereka mempuanya anak. Ini boleh mengeratkan hubungan antara and dengan adik beradik bakal pasangan anda.

Nak bakal mertua tersenyum apabila melihat ketibaan anda di rumah mereka? Senang saja. Bawa buah tangan jika datang melawat. Tak payah nak ambil hati bawa bag Pandora atau Chanel. Apa saja buah tangan sudah menggembirakan bakal mertua tak kira mahal atau murah. Buah tangan adalah adat jika berkunjung ke rumah orang. Tidak manis jika kita berkunjung dengan tangan yang kosong.

Klik disini untuk perkhidmatan perkahwinan dari wedding.com.my

Buat mereka yang pertama kali bakal berjumpa keluarga mertua, pasti anda akan memikirkan apa yang patut anda pakai nanti. Pakai pakaian yang sopan dan tidak mejolok mata. Bagi perempuan, baju kurung atau seluar panjang adalah pilihan yang baik dan bagi lelaki pulak, pakailah kemeja biar nampak bergaya di mata bakal mertua. Jika anda berpakaian seperti nak pergi lepak dengan kawan, tanggapan bakal mertua pasti berbeza. Jadi, pamakaian anda amat penting.

Cara Untuk Mengambil Hati Bakal Keluarga Mertua was last modified: July 27th, 2017 by nurshareen