Our Wedding Journal

Adat Perkahwinan Melayu 101 – Merisik

“Gagah hulubalang memegang panji

Dayang menari bertingkah irama

Adat bertunang meterai janji

Menanti hari disanding bersama”

By Syahiran Hanis

Perkahwinan merupakan salah satu pengalaman manis yang mungkin tidak dapat dilupakan. Bagi orang Melayu yang bercadang untuk mendirikan rumah tangga, terdapat beberapa peringkat yang perlu dilalui sebelum hajat mereka tercapai. Peringkat pertama ialah merisik. 

Merisik merupakan adat perkahwinan Melayu yang telah diamalkan sejak turun temurun. Tujuan utama adat ini diamalkan ialah untuk pihak lelaki bertanya status pihak perempuan sama ada sudah berpunya atau tidak. Upacara ini dimulakan oleh pihak lelaki yang biasanya diwakili oleh ahli keluarga terdekat seperti bapa saudara dan diiringi ibu bapa pihak lelaki. Sebaik sahaja tiba di rumah pihak perempuan, wakil pihak lelaki akan mengemukakan hajat lawatan mereka (biasanya dalam bentuk pantun).

Pihak perempuan yang diwakili oleh ibu bapa akan melakukan sedikit kaji selidik tentang latar belakang pihak lelaki. Jadi, jangan terkejut jika ibu bapa pihak perempuan memberi soalan cepu emas seperti “kerja apa?”, “belajar kat mana?” dan “teruna ke duda?”. Jika pihak perempuan tidak berpunya dan menerima lamaran pihak lelaki, tarikh meminang boleh ditetapkan dan sebentuk cincin yang dipanggil cincin belah rotan diberikan kepada pihak perempuan sebagai hadiah.

Majlis merisik biasanya diadakan secara kecil-kecilan dengan saiz rombongan pihak lelaki yang kecil dan tanpa undangan tetamu. Sebagai penutup majlis, rombongan pihak lelaki akan dihidangkan dengan jamuan kecil.

Anak perempuan tunggal Chef Wan, Serina, dan suami dia, Salahudin Ghafar, dalam majlis perkahwinan mereka pada tahun 2008

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang perkahwinan Melayu, barangan perkahwinan, kad-kad kahwin, aksesori dan banyak lagi, kunjungilah www.wedding.com.my/discover/theme-malay/7 sekarang!

  

Adat Perkahwinan Melayu 101 – Merisik was last modified: May 1st, 2024 by Stephanie