Our Wedding Journal

Adat Perkahwinan Melayu 101 – Mas Kahwin

1

Majlis pertunangan sudah selesai. Apa yang tinggal ialah ketibaan hari istimewa bakal suami isteri. Tapi, sebelum itu, banyak persiapan perlu diatur untuk memastikan segalanya berjalan lancar pada hari pernikahan. Perkara pertama yang harus diuruskan ialah mas kahwin atau mahar dalam Bahasa Arab.

Mas kahwin ialah pemberian yang waijb diberikan oleh suami kepada isteri atas sebab pernikahan. Di Malaysia, mas kahwin diberikan dalam bentuk wang dan nilainya ditentukan oleh Jabatan Agama Islam setiap negeri berdasarkan keadaan ekonomi. Berikut ialah nilai mas kahwin minimum mengikut negeri:

Bagaimana pula pasangan yang berkahwin dengan mas kahwin RM8888.88? Situasi sebegini seringkali berlaku terutama sekali dalam perkahwinan besar-besaran seperti artis. Sebagai contoh, Zain Saidin memberikan sebanyak RM9,300 sebagai mas kahwin kepada Rozita Che Wan. Jadi, tiada had maksimum untuk nilai mas kahwin. Bahkan, mas kahwin boleh juga diberikan dalam bentuk barangan seperti rantai platinum yang diberikan oleh Yusry kepada Lisa Surihani. Tapi ingat, nilai mas kahwin inilah yang perlu dilafaz ketika akad nikah nanti. Jadi, fikirlah masak-masak nilai yang berpatutan dan sesuai untuk dilafazkan di hadapan juru nikah kelak.

Semuanya bergantung kepada kemampuan bakal suami. Jika pasangan lelaki hanya bekerja sebagai guru, tidak wajarlah meletakkan nilai mas kahwin pada RM10,000. Ini merupakan salah satu masalah yang dihadapi pasangan sekarang. Ibu bapa seringkali meminta nilai yang tidak munasabah daripada pihak lelaki. Keadaan ini bukan sahaja memberi tekanan kepada pasangan malah mungkin menyebabkan keretakan hubungan antara kedua-dua keluarga. Jadi, berbincanglah nilai mas kahwin dengan baik agar kedua-dua belah pihak dapat bersatu dengan tali pengikatan yang sah.

  

Adat Perkahwinan Melayu 101 – Mas Kahwin was last modified: May 2nd, 2024 by Stephanie